CHUKAI: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman bermula hari ini dengan pusat penamaan calon di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman di sini akan dibuka pukul 9 pagi nanti.
Semua calon mempunyai tempoh sejam hingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus pusat penamaan calon sebelum diisytiharkan layak bertanding.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan pengundian awal pada 28 Nov, manakala 2 Dis sebagai hari pengundian.
Kempen PRK itu ditetapkan selama 14 hari bermula hari ini hingga detik 11.59 malam, 1 Dis.
Isnin lepas, Barisan Nasional (BN) menamakan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, 66, sebagai calon, manakala Pas memilih Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Sementara itu, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan tidak meletakkan calon pada PRK Parlimen Kemaman.
Sebanyak 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 387 anggota polis, sembilan anggota tentera dan 12 Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon Pas Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pada PRU15, Che Alias menang kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi menewaskan Pengerusi UMNO Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang mendapat 38,535 undi, calon Pakatan Harapan Hasuni Sudin (8,340) dan calon Pejuang Rosli Ab Ghani (506).
Dalam pada itu, Pengarah Pejabat Meteorologi Terengganu Rosli Zakaria menasihati mereka yang terlibat pada penamaan calon pagi ini supaya berhati-hati dan peka dengan perubahan sekeliling kerana hujan diramalkan melanda seluruh daerah Kemaman dari pagi sehingga petang nanti.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023
Petugas SPR giat melakukan kerja-kerja persediaan menjelang hari penamaan calon ketika tinjauan di Pusat Penamaan Calon PRK P.040 Kemaman, di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman, Kemaman, 17 Nov 2023. --fotoBERNAMA
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.
7 maut, 5 cedera selepas bas mini terbalik di Afrika Selatan
Nahas berlaku pada awal pagi Isnin ketika bas mini itu dalam perjalanan dari Wilayah Gauteng ke Wilayah KwaZulu-Natal.
Pusat penamaan calon PRK Kemaman dibuka 9 pagi ini
Tempoh proses penamaan calon adalah selama sejam, sebelum calon yang layak bertanding diumumkan Pegawai Pengurus PRK.
PRK Parlimen Kemaman bermula hari ini
Semua calon mempunyai tempoh sejam hingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus pusat penamaan calon.