KEMAMAN: Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman dibuka pada pukul 9 pagi ini.

Tempoh proses penamaan calon adalah selama sejam, sebelum calon yang layak bertanding diumumkan Pegawai Pengurus PRK Ahmad Farhan Abdul Wahab.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK bagi kerusi Parlimen Kemaman, Terengganu pada 2 Dis ini, manakala hari pengundian awal ditetapkan pada 28 Nov.

PRK Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

-- BERNAMA