KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar (IHP) bagi pengeluaran tempatan, yang mengukur harga barangan di pintu kilang, menyusut 0.8 peratus dari tahun ke tahun pada Februari 2023 berbanding pertumbuhan 1.3 peratus yang disaksikan semasa Januari 2023, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, penguncupan itu disebabkan kesan asas dan harga komoditi utama yang lebih rendah.
Trend penurunan itu banyak disebabkan oleh kemerosotan dalam sektor pertanian, perhutanan, perikanan serta perlombongan.
"Indeks pertanian, perhutanan dan perikanan menurun 26.1 peratus (Januari 2023: -20.9 peratus) dengan harga tandan buah segar merekodkan kejatuhan 40.5 peratus pada Februari 2023.
"Pada masa yang sama, indeks perlombongan susut 6.5 peratus (Januari 2023: -2.2 peratus) disebabkan oleh kelemahan sebanyak 16.1 peratus dalam pengekstrakan indeks petroleum mentah," katanya dalam laporan bulanan hari ini.
Sementara itu, Mohd Uzir berkata indeks pembuatan meningkat tiga peratus menjelang Februari 2023 berbanding pertumbuhan 4.5 peratus pada bulan sebelumnya, disumbangkan oleh kenaikan dalam indeks pembuatan produk komputer, elektronik dan optikal (8.5 peratus).
Untuk sektor utiliti, indeks bekalan air menokok 3.7 peratus, indeks bekalan elektrik dan gas naik satu peratus.
"Secara bulanan, IHP bagi pengeluaran tempatan susut 0.2 peratus pada Februari 2023 berbanding penguncupan 0.8 peratus pada bulan sebelumnya," katanya.
Mengulas mengenai IHP mengikut peringkat pemprosesan, Mohd Uzir berkata indeks bahan mentah untuk pemprosesan selanjutnya terus merendah sebanyak 16.9 peratus pada Februari 2023 (Januari 2023: -12.4 peratus) disebabkan penurunan bahan bukan makanan sebanyak 20.3 peratus.
Mengenai inflasi di peringkat pengeluar negara-negara terpilih, beliau berkata kebanyakan negara menunjukkan inflasi sederhana pada Februari 2023 disebabkan faktor harga tenaga, bahan api dan pertukaran mata wang asing.
Selain itu, harga minyak sawit antarabangsa terus merundum berikutan permintaan import global yang agak lembap, walaupun pengeluaran bermusim adalah lebih rendah daripada kawasan pertumbuhan utama di Asia Tenggara.
"Oleh itu, sebagai salah satu pengeksport utama, harga minyak sawit Malaysia terus menjunam disebabkan permintaan yang rendah dan harga minyak gas yang lebih rendah," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, penguncupan itu disebabkan kesan asas dan harga komoditi utama yang lebih rendah. - Gambar fail/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Bursa Malaysia meningkat semula didorong momentum belian berterusan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.60 mata kepada 1,580.06 daripada 1,576.46 semalam.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4925/5050 berbanding mata wang AS daripada 4.5080/5120 semalam.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kembali meningkat daripada penyusutan semalam apabila ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, didorong permintaan baharu walaupun mata wang negara maju mencatat momentum positif.

Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.

Indeks Harga Pengeluar terus turun 2.4 peratus pada Oktober 2024
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia, yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, terus turun 2.4 peratus pada Oktober 2024, berbanding 2.1 peratus pada bulan sebelumnya.

Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan minat belian baharu
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.48 mata kepada 1,602.16 daripada 1,600.68 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia dibuka tinggi menjelang data AS utama dikeluarkan minggu ini
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.57 mata kepada 1,640.19 daripada 1,635.62 ketika ditutup pada Selasa.

Bursa Malaysia dibuka tinggi, ambil petunjuk positif Wall Street
Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.47 mata kepada 1,609.99 daripada 1,609.52 semasa ditutup pada Selasa.

Ringgit terus menokok, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4380/4500 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4505 semasa ditutup semalam.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS ekoran pengambilan untung
Ringgit menurun daripada kenaikan minggu lepas untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan pengambilan untung, kata penganalisis.