PUTRAJAYA: Polis akan meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar kawasan KLCC, Bukit Bintang dan Dataran Merdeka bersempena dengan sambutan ambang kemerdekaan pada 30 Ogos ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pemantauan keselamatan dan pematuhan akan dilakukan oleh anggota di sekitar tiga lokasi sambutan itu bagi menjamin keselamatan orang ramai yang hadir menyaksikan acara berkenaan.
"Beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka sahaja yang akan ditutup pada malam sambutan (Ambang Merdeka), manakala di lokasi lain hanya tindakan segera akan diambil jika berlaku kesesakan lalu lintas," katanya kepada Bernama.
Bagi acara kemuncak sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini, beliau berkata, dengan 100,000 pengunjung dijangka hadir, sebanyak 1,764 anggota polis akan ditugaskan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman orang ramai pada hari berkenaan termasuk 416 anggota trafik melakukan kawalan lalu lintas di sekitar Putrajaya.
Selain itu, katanya, penjagaan keselamatan juga mendapat kekuatan bantuan daripada Pasukan Sahabat melibatkan 266 anggota daripada agensi seperti Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Allaudeen berkata, sebagai persediaan bagi kawalan keselamatan sebelum sambutan berkenaan, pihak polis telah mengumpulkan maklumat risikan ancaman keselamatan terkini selain melihat kepada penggunaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Putrajaya.
"Selain itu, bilik gerakan Full manning juga akan diaktifkan, dengan melakukan flushing di tapak sambutan antaranya untuk memastikan adanya laluan kecemasan bagi ambulans sekiranya ada kecemasan, serta penetapan laluan trafik yang selaras dan perancangan kecemasan lain," kata Allaudeen.
Berkenaan penutupan jalan, beliau berkata, sebanyak 18 jalan utama di sekitar Putrajaya akan ditutup bagi tujuan raptai dan raptai penuh bermula 5 pagi hingga 11 pagi esok hingga 29 Ogos, manakala 22 jalan akan ditutup pada hari sambutan berkenaan.
"Penutupan itu tidak akan menjejaskan pergerakan lalu lintas di sekitar Putrajaya walaupun pada hari bekerja dan kita telah membuat makluman awal dalam hebahan menerusi media-media dan pelbagai saluran.
"Namun, bagi yang mungkin terkesan terutamanya melibatkan perjalanan ke pejabat pada hari-hari berkenaan dinasihatkan guna jalan alternatif atau merancang pergerakan lebih awal," katanya.
Allaudeen turut menasihati orang ramai yang akan hadir bagi menyaksikan acara kemuncak di Dataran Putrajaya supaya menggunakan pengangkutan awam disediakan oleh Perbadanan Putrajaya iaitu kemudahan bas ulang-alik percuma bermula 4 pagi hingga 2 petang dengan kekerapan masa 10 minit dari dua pick-up point iaitu Terminal Putrajaya Sentral dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
"Pengunjung juga dinasihatkan untuk hadir awal ke lokasi bagi mengelakkan kesesakan dan jika bawa kenderaan letakkan di tempat yang dibenarkan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 26 2023

Polis akan meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar kawasan KLCC, Bukit Bintang dan Dataran Merdeka bersempena dengan sambutan ambang kemerdekaan pada 30 Ogos ini. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.

Kerajaan zahir penghargaan persembahan 'human graphic', petugas sambutan Hari Kebangsaan - Fahmi
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arahkan Kementerian Komunikasi untuk mempertimbangkan buah tangan sebagai penghargaan kepada pasukan human graphic.
![[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan [KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725273067_AnwarIbrahimMajli.jpg)
[KOLUMNIS] Siapa Barat? Berhadapan erti kemerdekaan dan kedaulatan
Artikel majalah Economist mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mendapat sokongan Barat sebelum ini.

Hari Kebangsaan Ke-67 disambut sederhana tapi meriah di New York
Semangat Malaysia yang mengiringi perwakilan di sana menjadi sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat bermakna.

Jadikan semangat Hari Kebangsaan ke-67 pendorong tingkat prestasi - PM Anwar
Suasana Sambutan Hari Kebangsaan pada Sabtu membuktikan bahawa rakyat Malaysia berupaya lakukan sesuatu dengan jauh lebih baik jika ada kesungguhan.

Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste

Warga Amerika Mr. T cipta lagu khas sempena Hari Kebangsaan
Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bukan sahaja dirasai rakyat Malaysia, tetapi juga pelancong asing melalui pelbagai cara termasuk mencipta lagu khas bersempena dengan hari bersejarah.

Rakyat Malaysia di luar negara sambut Hari Kebangsaan ke-67 dengan upacara patriotik
Perhimpunan itu memberikan ruang untuk komuniti Malaysia menjalin hubungan, meraikan warisan bersama, dan memperkukuh identiti kebangsaan mereka.

Semangat patriotisme melangkaui sempadan: Kadet Malaysia di USAFA sambut merdeka
Para kadet itu yang menghayati semangat Merdeka berkongsi pandangan mereka mengenai kepentingan hari bersejarah ini.

Biden ucap Selamat Hari Kebangsaan kepada rakyat Malaysia
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-67 kepada seluruh rakyat Malaysia.