Seorang lelaki berumur 43 tahun dilaporkan mati dalam tahanan di balai polis Tampin lewat semalam.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh (kiri) mengesahkan kejadian itu tetapi enggan memberikan maklumat lanjut selain daripada apa yang telah dilaporkan di akhbar.
Bagaimanapun, beliau berkata bahawa siasatan awal menunjukkan tiada unsur jenayah dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai "kematian mengejut".
"Laporan bedah siasat masih belum keluar, jadi saya tidak boleh mengulas lanjut. Kami telah mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut, tidak ada unsur jenayah, "Osman memberitahu Astro Awani.
Tambah beliau, polis akan mengadakan sidang akhbar mengenai perkara itu petang ini.
New Straits Times hari ini melaporkan bahawa P. Karuna Nithi ditemui tidak sedarkan diri oleh anggota polis bertugas sekitar 6.30 petang semalam.
Mengikut laporan itu, polis telah memanggil ambulans dari Hospital Tampin, tetapi pasukan paramedik mengesahkan kematianya apabila sampai di tempat kejadian.
Karuna ditahan Isnin lalu selepas didakwa memukul isterinya di kepala dengan topi keledar di Taman Muhibbah, Gemencheh.
Dia didakwa di Mahkamah Majistret Tampin pada hari Jumaat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dengan cara berbahaya.
Karuna sepatutnya dihantar ke penjara Sungai Udang di Melaka pada hari beliau didakwa, tetapi perintah itu ditangguhkan sehingga hari Isnin.
Teoh El Sen
Sun Jun 02 2013
Unjuran pertumbuhan KDNK 2025 sebanyak 4.5-5.5 peratus adalah munasabah - Ahli ekonomi
Belanjawan 2025 adalah langkah terbaik untuk mengimbangi keutamaan ekonomi dengan realiti politik.
Semua negara wajib tamatkan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin - Suruhanjaya Siasatan PBB
Pendudukan Israel adalah punca utama kepada kitaran keganasan yang tidak berkesudahan dan konflik selama beberapa dekad.
Dijangka jana sebahagian besar pertumbuhan ekonomi global
BRICS memainkan peranan luar biasa dalam ekonomi global pada masa kini dan diyakini meningkat di masa depan.
Enam maut, 25 cedera bas terbabas di Turkiye
Enam terbunuh manakala 25 cedera apabila sebuah bas terbabas lalu terbalik di Aksaray wilayah tengah Turki, pada Jumaat.
Polis giat cari warga amerika yang disyaki diculik
Pihak berkuasa Filipina pada Jumaat melancarkan pencarian seorang warga Amerika Syarikat yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata di selatan Filipina.
Singapura tahan remaja bawah ISA, rancang lakukan serangan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan berkata pelajar yang radikal diri itu merupakan penyokong tegar kumpulan Daesh, juga merancang pergi ke Syria, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata.
Pasukan pengaman disasar secara sengaja - Jurucakap UNIFIL
Jurucakap itu berkata kedudukan mereka telah berulang kali diserang di Lubnan, sekali gus meletakkan pasukan pengaman dalam bahaya.
Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang itu dalam kemas kini di Instagram Story hari ini menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
Empat lelaki didakwa rompak jongkong emas RM710,000
Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pada Jumaat, atas pertuduhan merompak jongkong emak bernilai RM710,000, awal bulan lalu.
Tiga penunggang motosikal maut dalam kemalangan berasingan di LPT2
Tiga lelaki dipercayai peserta program EX5 Members 4.0 maut dalam dua kemalangan berasingan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Kemaman hari ini.
Tahanan wanita mati dalam lokap di Langkawi kerana radang paru-paru
Menurut JIPS, doktor mengesahkan punca kematian wanita itu adalah disebabkan pneumonia dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Kematian tahanan tiada unsur jenayah - Polis
Individu berumur 33 tahun itu menerima hukuman penjara dua tahun dari tarikh tangkap atas kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Tiada unsur jenayah kes lelaki mati dalam tahanan - Bukit Aman
Tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah dikesan dalam kes seorang lelaki tempatan yang meninggal dunia semasa dalam tahanan di lokap Balai Polis Sungai Besar, Selangor, semalam.
19 mati dalam tahanan PDRM sejak Januari 2022 - Bukit Aman
Sebanyak 19 kes kematian melibatkan tahanan di bawah jagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan sejak Januari tahun ini.
Tiada sebarang kecederaan dikesan OKT mati mengejut dalam lokap di Kajang
Tiada sebarang kecederaan dikesan, hasil bedah siasat terhadap seorang lelaki warga tempatan yang mati mengejut dalam tahanan di lokap Balai Polis Kajang dekat sini, Rabu lepas.
Polis sah terima laporan kematian lelaki dalam lokap di Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan berkaitan satu kes kematian seorang lelaki yang ditahan di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang hari ini.
Mahkamah benarkan bedah siasat kedua ke atas mayat Balamurugan
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan keluarga S. Balamurugan yang dilaporkan mati ketika dalam tahanan polis awal bulan ini, supaya bedah siasat kedua dijalankan.
Polis dihendaki untuk kes kematian dalam lokap
Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang tidak hadir tugas sejak 15 Jun tanpa kebenaran.
Polis: Tiada unsur jenayah kes kematian dalam tahanan Tampin
Seorang lelaki berumur 43 tahun dilaporkan mati dalam tahanan di balai polis Tampin lewat semalam.