Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan keluarga S. Balamurugan yang dilaporkan mati ketika dalam tahanan polis awal bulan ini, supaya bedah siasat kedua dijalankan ke atas mayat lelaki itu untuk mengenal pasti punca kematiannya.
Hakim Datuk Mohd Azman Husin mengeluarkan perintah tersebut selepas membenarkan permohonan adik Balamurugan, Balraj, 34, yang diwakili peguam N. Surendran.
Balraj memfailkan notis usul bagi mendapat kebenaran untuk bedah siasat kedua dijalankan oleh pakar patologi Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) selepas tidak berpuas hati dengan hasil bedah siasat pertama dilakukan pakar patologi Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Beliau antara lain turut memohon perintah supaya HTAR melepas dan menghantar mayat Balamurugan ke HKL selain memohon semua laporan perubatan serta dokumen berkenaan bedah siasat pertama dan kedua diserahkan kepada peguam dalam tempoh tidak melebihi dua bulan.
Dalam afidavit sokongannya, Balraj berkata, Balamurugan meninggal dunia antara 7 Feb dan 8 Feb lepas semasa berada dalam jagaan dan tanggungjawab pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.
Beliau berkata, keluarganya tidak dapat menerima keputusan pakar patologi yang menjalankan bedah siasat pertama di mana mereka dimaklumkan secara lisan bahawa kematian Balamurugan hanya disebabkan masalah jantung, walaupun pakar itu mengakui bahawa terdapat kesan-kesan lebam di merata tempat pada badan si mati.
Beliau berkata anggota keluarganya tidak mempunyai cara lain selain daripada mendapatkan perintah untuk menjalankan satu lagi bedah siasat ke atas mayat Balamurugan dalam usaha untuk mendapatkan kebenaran dan keadilan bagi mengenal pasti apa sebenarnya yang telah berlaku kepada si mati.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2017
![Mahkamah benarkan bedah siasat kedua ke atas mayat Balamurugan Mahkamah benarkan bedah siasat kedua ke atas mayat Balamurugan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/61487173493_NSurendran.jpg)
Peguam N. Surendran (kiri) menerangkan sesuatu kepada keluarga tahanan yang mati dalam lokap, mendiang S. Balamurugan, yang membuat permohonan untuk bedah siasat kali kedua ke atas mayat itu. - Foto Bernama
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Pesawat terhempas Klang: Dua individu terkorban, mayat terbenam dua meter - Polis Pesawat terhempas Klang: Dua individu terkorban, mayat terbenam dua meter - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707822500_pesawatterhempask.jpg)
Pesawat terhempas Klang: Dua individu terkorban, mayat terbenam dua meter - Polis
Pihak polis mengesahkan nahas udara yang berlaku di Kampung Tok Muda, Kapar pada Selasa, telah mengorbankan dua nyawa.
![HTAR siasat dakwaan dawai ditinggalkan dalam saluran darah pesakit HTAR siasat dakwaan dawai ditinggalkan dalam saluran darah pesakit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81625758214_HospitalTengkuAmpu.jpg)
HTAR siasat dakwaan dawai ditinggalkan dalam saluran darah pesakit
HTAR memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa mengabaikan hak-hak pelanggan.
![Kematian kanak-kanak: Polis semak rakaman CCTV HTAR Kematian kanak-kanak: Polis semak rakaman CCTV HTAR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81625758214_HospitalTengkuAmpu.jpg)
Kematian kanak-kanak: Polis semak rakaman CCTV HTAR
Polis menjalankan semakan rakaman CCTV di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang bagi siasatan lanjut berhubung seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.
![Polis terima dua laporan kematian kanak-kanak di HTAR Polis terima dua laporan kematian kanak-kanak di HTAR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689240788_PolisLogoPolisP.jpg)
Polis terima dua laporan kematian kanak-kanak di HTAR
Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang baru-baru ini.
![Kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan Hospital Klang turun 54 peratus Kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan Hospital Klang turun 54 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681455031_HospitalKlang.jpg)
Kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan Hospital Klang turun 54 peratus
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata projek itu adalah satu daripada inisiatif Bitara MADANI yang dipacu oleh pasukan STAR bagi menyelesaikan segera masalah dan kesulitan yang dihadapi rakyat.
![Murid maut digilis treler: Polis sahkan terima laporan pemandu dipukul orang awam Murid maut digilis treler: Polis sahkan terima laporan pemandu dipukul orang awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679554799_pemandutreler.jpg)
Murid maut digilis treler: Polis sahkan terima laporan pemandu dipukul orang awam
Pemandu berusia 36 tahun itu cedera di pipi kanan dan telah mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebagai pesakit luar.
![Pertemuan berkala dengan pengarah hospital bagi atasi masalah di fasiliti kesihatan Pertemuan berkala dengan pengarah hospital bagi atasi masalah di fasiliti kesihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670510051_DrZalihaMustafa.jpg)
Pertemuan berkala dengan pengarah hospital bagi atasi masalah di fasiliti kesihatan
Antara perkara akan dilakukan KKM ialah audit dan melihat keberkesanan beberapa perkara seperti waktu standard klinik kesihatan.
![12 jam bertarung nyawa, anak saudara Yuna meninggal dunia akibat COVID-19 12 jam bertarung nyawa, anak saudara Yuna meninggal dunia akibat COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652757376_Yunapemergiananak.jpg)
12 jam bertarung nyawa, anak saudara Yuna meninggal dunia akibat COVID-19
Arisa Naura menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.
![KKM sedia maklumkan hasil siasatan kematian pesakit COVID-19 di HTAR KKM sedia maklumkan hasil siasatan kematian pesakit COVID-19 di HTAR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81626187656_PengarahJabatanKe.jpg)
KKM sedia maklumkan hasil siasatan kematian pesakit COVID-19 di HTAR
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menghubungi waris pesakit wanita yang meninggal dunia akibat COVID-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang tahun lepas bagi memaklumkan hasil siasatan susul
![Budak tiga tahun maut didera ibu, teman lelaki Budak tiga tahun maut didera ibu, teman lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81630743092_LogoPDRM.jpg)
Budak tiga tahun maut didera ibu, teman lelaki
Ibu mangsa yang berusia 27 tahun ditahan bersama teman lelakinya dan direman enam hari bermula Sabtu sehingga 30 Disember.