PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengadakan pertemuan berkala dengan pengarah-pengarah hospital dan pihak berkepentingan bagi mengenal pasti punca pelbagai isu yang berlaku di fasiliti kesihatan serta mencari penyelesaiannya, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata, KKM juga ketika ini sedang menunggu maklum balas berhubung keberkesanan pelaksanaan beberapa langkah yang dirangka bagi mengatasi masalah di fasiliti berkenaan contohnya kesesakan di Jabatan Kecemasan.
"Antara perkara pertama kita (KKM) nak buat ialah audit dan kita juga nak melihat keberkesanan beberapa perkara yang telah kita laksanakan contohnya waktu standard klinik kesihatan.
"Terbaharu, contohnya di Hospital Klang (Hospital Tengku Ampuan Rahimah) mereka memastikan yang hadir ke Jabatan Kecemasan hanya pesakit yang betul-betul mengalami kecemasan (sementara) kes bukan kritikal disalurkan kepada klinik.
"Itu langkah yang mereka rasa terbaik untuk fasiliti mereka dan ini harus dibuat pertemuan berkala, pemantauan, kemudian tengok kesannya," katanya dalam temu bual bersama media, di sini, hari ini.
Dr Zaliha berkata, KKM juga telah menghantar beberapa pegawainya untuk turun ke lapangan bagi mengenal pasti situasi sebenar yang berlaku di hospital dan klinik kesihatan.
"Semua ini (maklum balas) akan dikumpulkan dan kita akan lihat apakah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah berkaitan," katanya.
Dr Zaliha dalam ciapan di Twitter beliau semalam berkata, KKM akan terus mendengar dan berusaha mengenal pasti penyelesaian bagi isu-isu melibatkan jabatan kecemasan di hospital. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2023

KKM akan mengadakan pertemuan berkala dengan pengarah-pengarah hospital dan pihak berkepentingan bagi mengenal pasti punca pelbagai isu yang berlaku di fasiliti kesihatan serta mencari penyelesaiannya, kata Dr Zaliha Mustafa. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pertemuan berkala dengan pengarah hospital bagi atasi masalah di fasiliti kesihatan
Antara perkara akan dilakukan KKM ialah audit dan melihat keberkesanan beberapa perkara seperti waktu standard klinik kesihatan.