SHAH ALAM: Tiada unsur jenayah dikesan melibatkan kematian seorang lelaki yang ditahan di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Rabu lalu.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, individu berumur 33 tahun itu menerima hukuman penjara dua tahun dari tarikh tangkap iaitu 5 Julai lalu atas kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Tahanan terbabit difahamkan baru selesai sebutan kes di Mahkamah Majistret Pengkalan Chepa pada 22 November lalu
"Lelaki itu sakit jam 7.42 petang ketika dalam tahanan sebelum pihak perubatan Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa, Kelantan datang bagi memberikan rawatan selanjutnya," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata, individu itu kemudian disahkan meninggal dunia ketika pemeriksaan dilakukan.
"Lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan berkenaan.
"Tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah dikesan pada badan tahanan berkenaan menerusi proses bedah siasat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 23 November lalu," katanya.
Azri berkata, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kematian lelaki terbabit.
"Setakat ini masih belum disahkan punca kematian tahanan berkenaan dan kes ini masih dalam siasatan sementara menunggu keputusan makmal.
"Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT),JIPS Bukit Aman akan meneruskan siasatan melibatkan pelbagai aspek sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada Koroner untuk tindakan lanjut," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 24 2023
![Kematian tahanan tiada unsur jenayah - Polis Kematian tahanan tiada unsur jenayah - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699011916_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Azri berkata, lelaki dalam tahanan itu sakit jam 7.42 petang sebelum pihak Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa datang bagi memberikan rawatan. - Gambar hiasan
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Kematian tahanan tiada unsur jenayah - Polis Kematian tahanan tiada unsur jenayah - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699011916_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Kematian tahanan tiada unsur jenayah - Polis
Individu berumur 33 tahun itu menerima hukuman penjara dua tahun dari tarikh tangkap atas kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
![Gaya hidup mewah, polis siasat pegawai kanan miliki dua jam tangan Rolex Gaya hidup mewah, polis siasat pegawai kanan miliki dua jam tangan Rolex](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697277412_AzriAhmad.jpg)
Gaya hidup mewah, polis siasat pegawai kanan miliki dua jam tangan Rolex
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang giat menjalankan siasatan berhubung dua anggotanya yang didakwa memiliki gaya hidup mewah.
![804 pegawai, anggota polis dikenakan hukuman tatatertib 804 pegawai, anggota polis dikenakan hukuman tatatertib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648356468_AzriAhmadJIPSPo.jpg)
804 pegawai, anggota polis dikenakan hukuman tatatertib
Seramai 804 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dikenakan hukuman tatatertib sejak Januari hingga Ogos lalu.
![JIPS siasat kematian tahanan di IPD Kuala Muda JIPS siasat kematian tahanan di IPD Kuala Muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648356468_AzriAhmadJIPSPo.jpg)
JIPS siasat kematian tahanan di IPD Kuala Muda
Seorang lelaki ditahan berhubung kes dadah meninggal dunia selepas mengadu sakit ketika proses dokumentasi di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda, Kedah, semalam.
![Tahanan meninggal dunia dalam lokap selepas sesak nafas Tahanan meninggal dunia dalam lokap selepas sesak nafas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673518377_TBSIMBAHASID.jpg)
Tahanan meninggal dunia dalam lokap selepas sesak nafas
Seorang lelaki meninggal dunia ketika berada dalam tahanan di lokap Balai Polis Setiawangsa, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju selepas diserang sesak nafas, semalam.
![Jangkitan paru-paru kronik punca lelaki mati dalam lokap di Pahang - Polis Jangkitan paru-paru kronik punca lelaki mati dalam lokap di Pahang - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646530253_AzriAhmadJIPSPo.jpg)
Jangkitan paru-paru kronik punca lelaki mati dalam lokap di Pahang - Polis
Polis berkata bedah siasat itu turut tidak menemui sebarang kecederaan atau elemen jenayah dan kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
![JIPS laksana ujian integriti kepada pegawai, anggota bertugas di lapangan JIPS laksana ujian integriti kepada pegawai, anggota bertugas di lapangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646530253_AzriAhmadJIPSPo.jpg)
JIPS laksana ujian integriti kepada pegawai, anggota bertugas di lapangan
Ujian integriti ialah pemerhatian, pemantauan dan penyamaran yang melibatkan anggota polis menyamar sebagai orang awam.
![Tahanan polis meninggal dunia di Hospital Tanah Merah akibat COVID-19 Tahanan polis meninggal dunia di Hospital Tanah Merah akibat COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644671676_PengarahJabatanInt.jpg)
Tahanan polis meninggal dunia di Hospital Tanah Merah akibat COVID-19
Kematian seorang tahanan lelaki warganegara Myanmar di Hospital Tanah Merah, Kelantan awal pagi tadi disahkan adalah akibat jangkitan COVID-19.
![Pengurusan lokap: Pemeriksaan Ketua Polis Daerah, Ketua Balai antara mekanisme baharu Pengurusan lokap: Pemeriksaan Ketua Polis Daerah, Ketua Balai antara mekanisme baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644671676_PengarahJabatanInt.jpg)
Pengurusan lokap: Pemeriksaan Ketua Polis Daerah, Ketua Balai antara mekanisme baharu
Perkara itu merupakan cadangan penambahbaikan mekanisme pengurusan lokap Polis Diraja Malaysia (PDRM), agar ia dilaksanakan dengan lebih teliti dan berkesan.
![Sakit jantung kronik punca kematian tahanan - Polis Sakit jantung kronik punca kematian tahanan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81630743092_LogoPDRM.jpg)
Sakit jantung kronik punca kematian tahanan - Polis
Hasil bedah siasat ke atas lelaki berusia 39 tahun itu mendapati punca kematian adalah 'coronary artery disease'.