KUALA LUMPUR: Seorang lelaki meninggal dunia ketika berada dalam tahanan di lokap Balai Polis Setiawangsa, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju selepas diserang sesak nafas, semalam.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad berkata lelaki berusia 59 tahun itu ditahan pada 6 Julai lepas bagi siasatan berkaitan dadah mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta satu kes lain pada 18 Julai lepas.
"Pada Jumaat lepas (21 Julai) lelaki itu mengadu tidak sihat (demam) dan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan. OKT (orang kena tahan) kemudian diberikan ubat sakit dan dibawa semula ke dalam lokap pada hari yang sama.
"Bagaimanapun semalam, rakan sel OKT melihat OKT sesak nafas dan bersandar pada dinding tandas sel," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata polis kemudian menghubungi pihak hospital dan ambulans telah membawa OKT ke hospital bagi mendapatkan rawatan, namun doktor daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL yang memeriksanya mengesahkannya telah meninggal dunia.
Katanya bedah siasat akan dijalankan di HKL hari ini bagi mengetahui punca kematian.
Azri berkata Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023

Bedah siasat akan dijalankan di HKL hari ini bagi mengetahui punca kematian. - Gambar hiasan

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Malaysia gesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India
Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dalam beberapa bidang utama. Ia termasuk keselamatan siber, tadbir urus digital, perdagangan serta pembangunan mampan sejajar keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan keterangkuman dan kemampanan.

Tahanan meninggal dunia dalam lokap selepas sesak nafas
Seorang lelaki meninggal dunia ketika berada dalam tahanan di lokap Balai Polis Setiawangsa, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju selepas diserang sesak nafas, semalam.