KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 kes kematian melibatkan tahanan di bawah jagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan sejak Januari tahun ini.
Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata sembilan kes yang direkodkan melibatkan kematian dalam lokap, lapan kematian di hospital dan dua dalam perjalanan ke hospital.
Beliau berkata kes-kes kematian itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian dalan Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) sejak penubuhan unit itu awal tahun ini (1 Jan 2022).
"Sebanyak 14 kes melibatkan kematian lelaki berbangsa Melayu, masing-masing satu kematian melibatkan lelaki Cina dan India dan tiga warganegara asing iaitu warga Myanmar (dua kematian) dan Indonesia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata daripada 19 kes tersebut, satu kes telah dituduh di mahkamah melibatkan empat suspek yang didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.
"Satu kes telah dirujuk kepada pihak koroner dan 17 kes masih dalam siasatan," katanya.
Noorsiah berkata semalam pihak PDRM telah mengadakan satu mesyuarat bersama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), bagi membincangkan perkembangan siasatan kes kematian dalam tahanan.
Menurutnya lawatan bersama Suhakam dan EAIC ke lokap berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam turut diadakan bagi memberikan gambaran jelas cara pengoperasian lokap berpusat PDRM, yang turut disertai wakil sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra).
Katanya kolaborasi PDRM bersama agensi-agensi lain merupakan sebahagian usaha bagi menangani isu-isu kematian dalam tahanan atau jagaan polis, dan pada masa sama menunjukkan keterbukaan serta ketelusan PDRM dalam pengurusan tahanan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022

Sembilan kes yang direkodkan melibatkan kematian dalam lokap, lapan kematian di hospital dan dua dalam perjalanan ke hospital.- Gambar hiasan
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

1,404 polis dikenakan hukuman tatatertib tahun lepas
Sebanyak 1,404 anggota polis dikenakan hukuman tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak
Sebanyak 141 laporan polis telah diterima sehingga 7 Februari 2025, membabitkan kerugian RM3,015,412.

192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.

Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.

PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 36 pegawai kanannya berkuat kuasa 10 Mac.

KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api
Keselamatan awam dan ketenteraman negara kekal menjadi keutamaan KDN dengan PDRM berada dalam keadaan kesiapsiagaan terbaik.

TH saran bakal haji furada, mujamalah guna khidmat PJH berlesen
Bakal jemaah haji yang memperoleh visa furada atau visa mujamalah disaran menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang telah dilesenkan Tabung Haji (TH).