SEMPORNA: Polis menggagalkan cubaan tiga lelaki untuk menyeludup keluar lebih 20 kilogram dadah disyaki syabu bernilai kira-kira RM1 juta dalam serbuan di Jeti Umum Semporna, pada 3 Jan lepas.
Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Farhan Lee Abdullah berkata dua lelaki tempatan serta seorang warga asing berumur antara 36 hingga 38 tahun itu ditahan anggota Balai Polis Bum Bum serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Semporna yang menjalankan pemerhatian pada 6.30 pagi.
"Ketika kejadian tiga lelaki dalam bot dari arah laut dilihat telah merapat ke tebing batuan bersebelahan jeti umum dan seorang daripadanya naik ke darat. Selang beberapa minit, lelaki terbabit membawa dua bagasi dan kembali menuju ke arah bot dalam keadaan mencurigakan.
"Lelaki yang membawa bagasi bertindak terjun ke laut selepas menyedari kehadiran polis, seorang lagi lelaki berlari ke arah tebing berbatuan manakala seorang lagi cuba melarikan diri dengan menghidupkan enjin bot, namun semuanya berjaya ditahan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mohd Farhan Lee berkata pemeriksaan terhadap dua bagasi itu menemukan 20 bungkusan plastik hitam mengandungi ketulan mampat hablur jernih disyaki syabu seberat 20,227.42 gram dan dadah ini dipercayai untuk edaran di negara jiran.
"Suspek cuba mengaburi mata pihak berkuasa dengan modus operandi menggunakan jeti umum pada awal pagi kerana ketika ini lokasi itu sibuk dengan ramai pelancong yang mahu melakukan island hopping atau masuk ke resort di pulau peranginan, selain orang tempatan yang mahu ke pulau-pulau kampung mereka.
"Jadi mereka guna kawasan ini dengan harapan tidak disedari sesiapa, dan pihak polis berterima kasih dengan maklumat orang awam sehingga tertangkapnya kesemua suspek," katanya menambah ketiga-tiga lelaki berkenaan positif terhadap syabu.
Beliau berkata siasatan masih dijalankan dan menolak kemungkinan kesemua lelaki terbabit mempunyai rakan subahat di kawasan daratan kerana pada ketika itu merupakan waktu sibuk di jeti itu dengan keadaan kereta diletakkan bersilang.
Mohd Farhan Lee meminta orang ramai yang memiliki sebarang maklumat berhubung kes itu agar menyalurkan kepada polis dengan menghubungi talian 089-782020 atau pegawai penyiasat kes Insp Adzilee Suili menerusi 014-866 5087.
Beliau berkata siasatan juga tidak menunjukkan sebarang kaitan suspek dengan sindiket dadah pengedaran syabu terbesar di Sabah yang didedahkan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 11 2024
Antara barang rampasan hasil serbuan polis di Jeti Umum Semporna, pada 3 Jan lepas. - Gambar/ Bernama
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
Polis Sepanyol rampas 13 tan kokain, rekod terbesar negara
Polis Sepanyol merampas 13 tan kokain dalam serbuan di Pelabuhan Algeciras, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Polis tahan lelaki edar vape mengandungi dadah
Polis menumpaskan kegiatan memproses air ketum serta mengedar cecair vape mengandungi dadah di sebuah rumah di Sandakan.
Polis rampas 50kg syabu, 6kg ekstasi RM2.6 juta
Polis berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan dadah bernilai RM2.6 juta selepas menahan seorang lelaki yang bertindak sebagai transporter di Sabak Bernam, pada Khamis lepas.
Dua lelaki diberkas ketika urus niaga 54kg ganja tepi jalan
Seorang pemandu peribadi dan pekerja kedai makan diberkas kerana disyaki mengedar 51 ketulan mampat ganja bernilai RM168,020.
Polis tumpas sindiket berselindung di sebalik syarikat keselamatan, rampas dadah RM7.5 juta
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah yang dipercayai berselindung di sebalik syarikat pengawal keselamatan.
Dua individu ditahan disyaki terlibat sindiket dadah
Polis menahan dua lelaki di Kampung KL Tin, Kalumpang, Kuala Kubu Bharu semalam kerana disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah sejak Disember tahun lepas.
'Saya tidak mampu upah peguam' - Geng Upik
Salah seorang tertuduh 'Geng Upik' yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada Isnin memberitahu mahkamah dia tidak mempunyai kemampuan untuk mengupah peguam.
Ketua sindiket dadah terbesar di Sabah bergelar Datuk akan didakwa
Sebelas anggota sindiket dadah terbesar di Sabah, termasuk ketuanya yang dikatakan seorang bergelar Datuk dijangka dihadapkan ke mahkamah di Kota Kinabalu.
Polis tahan tiga lelaki, rampas syabu bernilai RM1 juta di Semporna
Polis menggagalkan cubaan tiga lelaki untuk menyeludup keluar lebih 20 kilogram dadah disyaki syabu bernilai kira-kira RM1 juta dalam serbuan di Jeti Umum Semporna, pada 3 Jan lepas.