GOMBAK: Polis menahan seorang pemandu Toyota Alphard yang dipercayai memandu secara berbahaya seperti dipaparkan dalam sebuah video yang tular di media sosial, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 43 tahun.
"Suspek ditahan di pekarangan Bahagian Siasatan dan Perundangan Trafik IPD Gombak kira-kira jam 2 petang dan dibawa menjalani ujian air kencing di Bahagian Narkotik IPD Gombak.
"Namun hasil ujian tersebut adalah negatif," katanya dalam kenyataan, pada Ahad.
Kata Zainal Mohamed, suspek turut dibawa ke Hospital Selayang untuk pengambilan sampel darah bagi ujian alkohol.
"Kemudian suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang pada Isnin untuk perintah reman.
"Kes disiasat di bawah seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Pada Sabtu, seorang pemandu Toyota Alphard dikehendaki polis setelah aksinya memandu secara berbahaya tular di media sosial.
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerusi kenyataan sebelum ini memaklumkan video berkenaan memaparkan sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard warna putih dipandu secara berbahaya dengan memotong di lorong kecemasan serta melakukan provokasi kepada pengguna jalan raya lain.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 01 2022

Pada Sabtu, seorang pemandu Toyota Alphard dikehendaki polis setelah aksinya memandu secara berbahaya tular di media sosial. - Video tular

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Pembantu kedai makan didakwa tipu dalam penjualan kenderaan
Seorang pembantu kedai makan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu dalam penjualan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Alphard bulan lepas.

Alhamdulillah, Allah selamatkan saya - Pemilik kenderaan
Alhamdullillah Allah selamatkan saya.

Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.

Lelaki warga Singapura koma MPV jatuh gaung
Insiden tersebut mengakibatkan mangsa, Christopher Lim Teck Whye, 49, tersepit di tempat duduk pemandu dalam keadaan MPV tenggelam separuh dalam sungai berkenaan.

Teksi haram jerat pelanggan guna Toyota Alphard
Siasatan dijalankan mendapati ulat yang menawarkan kegiatan teksi haram ini menyasarkan pelanggan terdiri daripada warga tempatan dan warga asing.

Alphard hilang dilarikan penyewa
Kes ini membabitkan suspek yang merupakan seorang lelaki tempatan dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard model AGH30 bernilai RM361,723.71.

Polis tahan pemandu Toyota Alphard memandu secara berbahaya
Suspek yang ditahan kira-kira jam 2 petang merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 43 tahun.

Polis jejaki pemandu Toyota Alphard pandu secara berbahaya di Lebuhraya Karak
Satu laporan polis telah dibuat dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Isteri Tengku Muda Pahang cedera dalam kemalangan
Cik Puan Muda Julita Aishah Abdul Latiff mengalami cedera ringan selepas kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 25 Jalan Kota Tinggi-Mersing dekat Mersing, Johor.

SPRM Johor tahan dua pegawai agama disyaki terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan dua pegawai agama hari ini kerana disyaki menerima rasuah daripada syarikat yang mencetak buku bagi Sekolah Agama Rakyat Johor.