AMPANG JAYA: Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, dekat sini pada Jumaat.
Kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang telah menunjukkan isyarat lucah kepada sebuah kereta yang berhenti secara mengejut di plaza tol.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, seorang wanita tempatan mengadu bahawa sebuah kereta jenis Toyota Alphard telah berhenti di hadapan kenderaannya dalam kejadian pukul 1.20 tengah hari itu.
Beliau berkata, wanita berusia 49 tahun itu mendapati suspek yang juga pemandu kenderaan Toyota Alphard terus keluar daripada kereta dan mengetuk cermin keretanya.
"Suspek telah memarahi suami pengadu (mangsa) dan memukul mangsa sehingga terjatuh serta tidak sedarkan diri.
"Suspek juga menendang pintu sebelah kanan kereta mengakibatkan kerugian anggaran sekitar RM2,000," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Jelas Mohd Azam, mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 47 tahun mengalami kecederaan di bahagian muka sebelah kanan, bengkak dan berdarah.
Katanya, mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Ampang dan disahkan mengalami 'hematoma right eye'.
Menurutnya, punca kejadian disebabkan mangsa menunjukkan isyarat tangan kepada suspek yang berhenti mengejut pada lorong Smart Tag sebelum beralih ke lorong 'Touch n Go'.
Jelasnya, suspek warga tempatan berusia 44 tahun berjaya ditahan sekitar jam 10 malam di Jalan Kampung Melayu Tambahan, di sini pada Jumaat.
"Semakan mendapati pemandu peribadi itu negatif sebarang pengaruh dadah tetapi mempunyai tujuh rekod jenayah lampau tidak dikehendaki," ujarnya.
Tambah beliau, suspek ditahan reman selama empat hari bermula Sabtu sehingga 30 April ini.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan ekoran melakukan perbuatan khianat.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Apr 27 2024

Kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang telah menunjukkan isyarat lucah kepada sebuah kereta yang berhenti secara mengejut di plaza tol. - Gambar hiasan
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Lelaki parah dibelasah sekumpulan individu berang ditipu urusan pertukaran mata wang
Susulan itu, polis menahan enam lelaki berusia 25 hingga 53 tahun dan direman hingga Ahad ini untuk siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.

Video tular: Maki anggota Rela, lelaki dibelasah dalam insiden di Downtown Kajang
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 malam apabila lelaki itu bersama pasangannya cuba memasuki jalan masuk yang telah ditutup anggota Rela untuk mengelakkan kesesakan trafik.