Cik Puan Muda Pahang, Cik Puan Muda Julita Aishah Abdul Latiff mengalami cedera ringan selepas kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 25 Jalan Kota Tinggi-Mersing dekat Mersing, Johor
Ketika kejadian, isteri Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah itu dalam perjalanan pulang ke Kuantan dari Singapura.
Kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaikinya terlibat kemalangan dengan sebuah lori jenis Isuzu pada sekitar pukul 9 pagi tadi.
Selain beliau, turut mengalami kecederaan ringan ialah pemandu lori tersebut, Masod Daud, 53, yang berasal dari Mersing yang patah kaki kanan akibat kejadian tersebut.
Bagaimanapun, pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) berkenaan, Mohd. Shafiq Shahdan Mohd. Ali, 24, serta pembantu rumah yang merupakan warga Filipina pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing menerusi kenyataan berkata, kenderaan dinaiki Cik Puan Julita Aishah itu dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menuju Kuantan.
“Semasa tiba di tempat kejadian, dipercayai pemandu MPV telah memasuki laluan bertentangan lalu berlanggar dengan sebuah lori di bahagian sisi kanan.
“Pemandu lori telah dikejarkan ke Hospital Mersing. Cik Puan Muda Pahang serta pemandu dan pembantu rumahnya pula dikejarkan ke hospital di Kuantan (Hospital Tengku Ampuan Afzan),” kata beliau.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Astro Awani
Thu Jun 20 2019
Cik Puan Muda Julita Aishah Abdul Latiff mengalami cedera ringan selepas kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan. - Gambar fail
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
Isteri Tengku Muda Pahang cedera dalam kemalangan
Cik Puan Muda Julita Aishah Abdul Latiff mengalami cedera ringan selepas kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 25 Jalan Kota Tinggi-Mersing dekat Mersing, Johor.