KUALA LUMPUR: Polis siasat kes tular dua individu menunggang skuter elektrik di Jalan Bukit Bintang, di sini.


Ringkasan AI
  • Polis sedang menyiasat kes dua individu yang menunggang skuter elektrik di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Video mengenai insiden tersebut telah tular dan dikesan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.
  • Tiada laporan polis diterima mengenai insiden tersebut sehingga kini. Identiti pasangan yang terlibat dalam video tersebut masih dalam proses pengenalpastian.
  • Kes tersebut diklasifikasikan di bawah 3(1) P U (A) 453/2021 dan siasatan lanjut sedang diteruskan.


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, video tular itu dikesan pihaknya pada Isnin.

"Siasatan awal mendapati, perbuatan pasangan tersebut yang menunggang skuter elektrik di jalan awam boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri atau pengguna jalan raya yang lain.

"Setakat ini, tiada sebarang laporan polis diterima daripada mana-mana pihak atau saksi yang boleh mengesahkan tarikh dan masa sebenar kejadian tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, identiti pasangan terbabit juga masih dalam tindakan untuk dikenal pasti.

Tambahnya, siasatan lanjut diteruskan dan kes diklasifikasi di bawah 3(1) P U (A) 453/2021.

Menerusi rakaman berdurasi 15 saat itu, kelihatan dua individu dipercayai warga asing menaiki skuter elektrik di laluan kenderaan dengan cuba melintas ke lorong lain. -Sinar Harian