KECOH baru-baru ini di media sosial apabila poster pinjaman wang mendominasi di kawasan sekitar Kuala Lumpur termasuk KLCC, Bukit Bintang, Petaling Street, Pasar Seni dan banyak lagi.


Ringkasan AI
  • Poster pinjaman wang mendominasi kawasan sekitar Kuala Lumpur, termasuk KLCC dan Bukit Bintang.
  • Poster tersebut memaparkan wajah pelawak popular seperti Johan, Zizan, dan Datuk Afdlin Shauki.
  • Netizen tertanya-tanya sama ada ini adalah gimik untuk filem atau situasi sebenar.


Menerusi perkongsian beberapa pengguna di media sosial, dapat dilihat poster berkenaan tergantung di kawasan tersebut.

Malah, ada juga yang berkesempatan merakamkan video poster tersebut ‘terbang’ dan bertebaran di kawasan Bukit Bintang.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian apabila poster tersebut turut memaparkan wajah pelawak popular tanah air iaitu Johan, Zizan dan Datuk Afdlin Shauki.

Susulan itu, timbul tanda tanya dalam kalangan netizen kerana ada yang mendakwa situasi tersebut hanya gimik untuk filem semata-mata.

“Saya dapat video ni dari group whatsApp. Ni betul-betul ke? Ke video gimmick? Kat KLCC pulak tu.

“Tak pernah dibuat orang promo filem kat KLCC.

Langsi betul Ah Long ni. Tapi ada muka Johan ngan Zizan kat situ? Adakah Jozan is back?” tulis beberapa pengguna menerusi ruangan kapsyen. -Gempak