KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman menyerbu 10 rumah urut di sekitar Bukit Bintang di sini dan menahan 81 tukang urut serta penjaga premis yang dipercayai terlibat dengan perkhidmatan urutan dan aktiviti tidak bermoral.
JSJ Bukit Aman memaklumkan serbuan semalam yang dijalankan bersama JSJ Kuala Lumpur itu bermula pada 3 petang hingga tengah malam membabitkan 11 pegawai dan 44 anggota polis ke atas premis urutan refleksologi melibatkan warga asing.
"JSJ menahan 48 wanita dan 21 lelaki warga asing serta dua wanita tempatan yang dipercayai berkerja sebagai tukang urut dan 10 pengurus atau penjaga premis berkenaan yang terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang lelaki dan tiga wanita warga asing.
"Kesemua premis itu didapati melakukan kesalahan menggajikan wanita dan lelaki warga asing tanpa sebarang permit sah yang dikesan berdiri di hadapan pintu premis sambil menawarkan khidmat urut kepada orang ramai dan pelancong asing yang lalu di hadapan premis terbabit," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Menurut JSJ Bukit Aman, pemeriksaan lanjut mendapati lapan premis urutan itu beroperasi tanpa sebarang lesen perniagaan sah dan berkemungkinan terdapat pekerja urutan wanita warga asing yang berpakaian seksi turut menawarkan khidmat urutan 'ekstra' kepada pelanggan lelaki.
"Siasatan mendapati premis itu beroperasi dari 11 pagi hingga 4 pagi setiap hari dan menawarkan pakej urutan kaki dan badan dengan kadar bayaran RM60 hingga RM105 bagi setiap jam serta tambahan caj tertentu bergantung kepada permintaan pelanggan.
"Kebanyakan tukang urut didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri semasa diperiksa malah terdapat wanita warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai tukang urut," katanya.
Polis turut memeriksa 10 pelanggan terdiri daripada masing-masing seorang lelaki dan wanita tempatan serta seorang lelaki warga asing.
Operasi itu menyaksikan polis turut merampas wang tunai berjumlah RM3,979 serta rakaman kamera litar tertutup, modem wifi, kertas jadual kerja tukang urut, risalah iklan, buku catatan hasil, minyak urut, tuala, tisu dan salinan lesen perniagaan.
Menurut JSJ Bukit Aman, semua yang ditahan disiasat mengikut Akta Imigresen dan Seksyen 3 (1) Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024

Antara warga asing yang ditahan dan diperiksa dalam serbuan rumah urut tanpa lesen di sekitar ibu kota. - Foto PDRM

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

JSJ sokong siasatan SPRM terhadap pegawai kanan polis
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana salah laku oleh warga PDRM.

Sindiket 'Datuk Ken' tumpas susulan penahanan 15 individu termasuk ketua
Jalankan kegiatan haram antaranya perjudian dalam talian, pelombongan bitcoin dan peminjaman wang tanpa lesen (along) secara berperingkat sejak 2014.

109 polis jalani saringan, kuarantin selepas suspek positif COVID-19
Petugas yang terlibat adalah dari Balai Polis Gita, Sekama dan Tabuan terdiri daripada 10 pegawai dan 99 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, polis pengiring dan warden lokap.

Nurul Zahid, suami akan dituduh di mahkamah
JSJ Bukit Aman mendapat arahan dari pihak Jabatan Peguam Negara untuk menuduh kedua-duanya

Lelaki curi barang farmasi, jual semula untuk beli dadah
Suspek datang ke farmasi pada 22 Feb dan mencuri beberapa barangan yang disembunyikan di dalam topi keledar.

SPRM mula siasat kes duit pengarah JSJ
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, siasatan dimulakan apabila mereka menerima laporan daripada seorang pemberi maklumat.

Polis Kuala Lumpur rampas dadah bernilai hampir RM500,000
Polis Kuala Lumpur berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang didalangi warga tempatan susulan kejayaan merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM411,120

Polis serbu port kaki judi di ambang Deepavali
Ketika serbuan polis, kaki judi ini sedang leka bermain permainan judi berkomputer di deretan rumah kedai yang terletak di pekan Gurun.