SHAH ALAM: Sindiket kegiatan haram didalangi seorang lelaki bergelar 'Datuk Ken' tumpas susulan penahanan 15 individu warga tempatan di sekitar Rawang, Gombak dalam op khas pada 6 Julai dan 11 Ogos lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siri serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor dan Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman turut berjaya menahan suspek utama berumur 40 tahun bersama isterinya, 41, di kediaman mereka di Rawang pada 11 Ogos.
Hasil siasatan pihaknya mendapati, lelaki tersebut menjalankan kegiatan haram antaranya aktiviti perjudian dalam talian, pelombongan bitcoin dan peminjaman wang tanpa lesen (along) secara berperingkat sejak 2014.
"Bagi aktiviti perjudian, sindiket berkenaan telah beroperasi bermula dari 2016 di sekitar Selangor, Perak, Pahang dan Sabah serta memperoleh keuntungan sehingga RM6 juta setahun. Bagi kegiatan bitcoin, mereka bermula dari tahun lepas dan sindiket mendapat keuntungan sebanyak RM800,000 sebulan.
"Bagi kegiatan along yang bermula 2014, mereka hanya menawarkan pinjaman kepada kenalan rapat serta ahli perniagaan dengan mengenakan kadar faedah sekitar lapan hingga 10 peratus sebulan dan sindiket memperoleh keuntungan sekitar RM2 juta setahun," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.
Arjunaidi berkata sebelum penahanan ketuanya, pihaknya turut menahan 13 ahli sindiket tersebut yang berumur 17 hingga 40 tahun pada 6 Julai lepas di kediaman mereka, juga di sekitar Rawang kerana disyaki menjalankan aktiviti mempromosikan perjudian dalam talian.
"Kesemua 13 tangkapan (individu) tersebut telah dituduh di Mahkamah Selayang pada 9 Julai atas kesalahan Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya.
Susulan penangkapan itu, pihaknya merampas dan menyita 14 unit kereta mewah seperti Lamborghini Huracan, BMW 8i, Nissan GTR dan Porsche Cayman serta 14 unit rumah banglo yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket tersebut.
"Kita turut menyita tiga unit rumah kedai, wang tunai termasuk mata wang asing serta pembekuan 71 akaun bank dengan anggaran nilai keseluruhan mencecah hampir RM33 juta. Hasil siasatan, ketua sindiket itu mempunyai kaitan dengan 24 syarikat lain," katanya yang tidak menafikan penubuhan syarikat tersebut adalah untuk mencuci wang hasil aktiviti haram berkenaan.
Dalam pada itu, polis juga memburu dua lelaki dipercayai orang kanan sindiket 'Datuk Ken' bagi membantu siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Insp Shahriman Mat Junus menerusi talian 012-3480281.
"Mereka yang diburu ialah Chuah Seong Hooi, 48, atau dikenali Ah Chong yang beralamat di Taman Rawang Perdana, Rawang dan Heow Hee Soon, 31, nama panggilan Fei Soon dan alamat terakhir di Bandar Country Homes, Rawang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 16 2021

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed (kanan) menunjukkan antara rampasan kenderaan mewah ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini. - Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KPDN Selangor rungkai taktik baharu seleweng LPG subsidi di Puchong
KPDN Selangor bongkar taktik baharu penyelewengan LPG di Puchong, dengan rampasan tertinggi RM1.6 juta.

Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam
Suriani Awaludin berkata, perkahwinan dengan warga asing agak berisiko memandangkan banyak prosedur yang perlu dipatuhi.

'Transporter' ditahan, dadah bernilai RM4 juta dirampas
Siasatan mendapati dadah jenis syabu seberat 51 kilogram (kg) dan pil ecstacy seberat 14.9 kg itu dipercayai untuk dihantar ke pasaran luar negara.

'Diseksa dan direnjat elektrik' - Rakyat Malaysia cerita mimpi ngeri penipuan pekerjaan di Myanmar
Teo berkata, dia dipaksa bekerja selama 14 jam sehari dengan tugasan harian menyusun sekitar 10,000 nombor telefon untuk sindiket berkenaan.

Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM
Azam berkata ketiga-tiga individu itu dipanggil pada 10 pagi ini untuk membantu siasatan SPRM dalam pelbagai aspek penyiasatan.

Ziana Zain, Jalaluddin Hassan, Dr Sheikh Muszaphar tiba di SPRM, media gagal kesan kehadiran
Astro AWANI difahamkan kenderaan yang membawa ketiga-tiga selebriti berkenaan memasuki bangunan SPRM jam 9.30 pagi menggunakan laluan belakang.

SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini
Berdasarkan siasatan awal, artis-artis berkenaan dibayar sehingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka untuk meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan disediakan.

SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain
SPRM sedang giat menjalankan risikan bagi mengesan sekiranya terdapat sindiket lain yang melakukan penyeludupan rokok elektronik (vape).

Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.

4,290 kertas siasatan dibuka libatkan kerugian RM181 juta pada 2024 - JSJK Johor
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Johor membuka sebanyak 4,290 kertas siasatan dengan membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM181 juta sepanjang tahun lepas.