ALOR SETAR: Polis Kedah telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 dan Seksyen 304 Kanun Keseksaan bagi menyiasat insiden pergelutan yang melibatkan sekumpulan polis dan seorang lelaki sehingga menyebabkan kematian di Langkawi, baru- baru ini.
Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata, pada awalnya polis telah mengklasifikasikan kes di bawah kematian mengejut (SDR) selepas lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada 1 Feb lalu.
"Kejadian berlaku pada 29 Jan lalu, dimana sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi telah menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 31 tahun di sebuah stesen minyak yang dilihat berada dalam keadaan mencurigakan.
"Semasa tangkapan, telah berlaku pergelutan dan suspek mengalami kecederaan dibahagian kening sebelah kanan, leher sebelah kiri, telinga kanan, tangan kanan dan lutut kanan manakala seorang pegawai dan tiga anggota polis turut mengalami kecederaan kecil dibahagian badan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, pada Selasa.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan telah menemui satu keratan 'straw' berisi serbuk dadah disyaki jenis heroin seberat 0.21 gram di dalam poket hadapan sebelah kanan seluar yang dipakai suspek.
"Suspek telah dibawa ke IPD Langkawi untuk tindakan dan saingan awal urin mendapati suspek positif dadah jenis morfin. Pada pukul 8 malam hari yang sama suspek ditahan, polis telah membawa suspek ke Klinik Kesihatan Kuah untuk mendapatkan rawatan.
"Namun, semasa di klinik suspek telah rebah dan tidak sedarkan diri sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dan ditahan di Zon Merah. Pada 1 Feb kira-kira pukul 12.40 tengah hari, pihak hospital memaklumkan suspek telah meninggal dunia," katanya.
Fisol berkata hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada keesokkan harinya mendapati, punca kematian akibat trauma hentakan objek tumpul di kepala.
"Ekoran kematian suspek, satu siasatan dijalankan bagi menyiasat dan mengetahui punca sebenar penyebab kepada punca kematian yang berlaku. Saya juga telah mengarahkan pegawai dari Kontinjen Kedah untuk menyiasat kes ini bagi memastikan kes disiasat dengan telus.
"Sehingga kini seramai 13 saksi termasuk pegawai dan anggota terlibat telah diambil keterangan. Polis juga telah menghubungi ahli keluarga mangsa dan polis sedang menunggu laporan lengkap dari hospital," katanya.
Baru-baru ini tular di laman media sosial yang menunjukkan seorang lelaki ditahan sekumpulan polis di sebuah stesen minyak dan video itu turut memaparkan lelaki itu di hospital.
Semalam, keluarga mangsa menuntut pembelaan di atas kematian mangsa dan meminta pihak polis mengemukakan penjelasan berhubung kejadian yang tular di media sosial itu.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Feb 06 2024
![Polis siasat kes pergelutan ketika menahan lelaki berkaitan dadah di Langkawi Polis siasat kes pergelutan ketika menahan lelaki berkaitan dadah di Langkawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672312879_TBFISOL.jpg)
Fisol berkata hasil bedah siasat yang dilakukan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada keesokan harinya mendapati, punca kematian akibat trauma hentakan objek tumpul di kepala. - Foto fail/BERNAMA
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
![Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739626080_TetakMautShahAl.jpg)
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Shah Alam.
![Polis siasat kes pergelutan ketika menahan lelaki berkaitan dadah di Langkawi Polis siasat kes pergelutan ketika menahan lelaki berkaitan dadah di Langkawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672312879_TBFISOL.jpg)
Polis siasat kes pergelutan ketika menahan lelaki berkaitan dadah di Langkawi
Satu siasatan dijalankan bagi menyiasat dan mengetahui punca sebenar penyebab kepada punca kematian yang berlaku.
![Polis sahkan video tular tangkapan ke atas suspek penjual syabu Polis sahkan video tular tangkapan ke atas suspek penjual syabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41667685792_TularVideo.jpg)
Polis sahkan video tular tangkapan ke atas suspek penjual syabu
Kejadian berlaku lebih kurang pada 12.20 tengah hari sewaktu pihak polis cuba menahan suspek.
![Saya ada bukti... - Lufya kecewa didakwa tak beri kerjasama pada polis Saya ada bukti... - Lufya kecewa didakwa tak beri kerjasama pada polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51662196733_Lufya.jpg)
"Saya ada bukti..." - Lufya kecewa didakwa tak beri kerjasama pada polis
Pelakon Lufya Omar menafikan dakwaan dirinya tidak memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa ekoran insiden pergelutan dan cubaan menculik anak perempuannya, Laana Haura pada Jun lalu.
![Warga asing ditahan ancam guna 'bakakuk' Warga asing ditahan ancam guna 'bakakuk'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653448859_PetrusBernardTawa.jpg)
Warga asing ditahan ancam guna 'bakakuk'
Suspek yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri, namun gagal apabila dia ditahan selepas berlaku pergelutan.
![Anggota polis cedera bergelut dengan OKT lari dari hospital Anggota polis cedera bergelut dengan OKT lari dari hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621011589_PDRM.jpg)
Anggota polis cedera bergelut dengan OKT lari dari hospital
Semasa proses tangkapan, telah berlaku sedikit pergelutan dan seorang anggota polis mengalami cedera ringan.
![Siasatan menyeluruh kes kematian dalam lokap - Ketua Polis Kedah Siasatan menyeluruh kes kematian dalam lokap - Ketua Polis Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41609850544_DATUKHASANUDDINHAS.jpg)
Siasatan menyeluruh kes kematian dalam lokap - Ketua Polis Kedah
Siasatan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud elemen kekerasan, kecuaian, salah laku pegawai dan anggota yang terlibat.
![Maguire digugurkan skuad England selepas didapati bersalah Maguire digugurkan skuad England selepas didapati bersalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61598412736_HarryMaguire.jpg)
Maguire digugurkan skuad England selepas didapati bersalah
Pasukan pembelaan menuduh anggota polis melakukan kekejaman dan tidak melakukan tugas mereka dengan betul.
![Maguire didapati bersalah lakukan serangan, rasuah Maguire didapati bersalah lakukan serangan, rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71598403393_HarryMaguire.jpg)
Maguire didapati bersalah lakukan serangan, rasuah
Kapten Manchester United itu bersama dua tertuduh lain menjalani perbicaraan di Kepulauan Syros semalam selepas terlibat dalam satu insiden pergelutan dengan pihak polis ketika bercuti di Mynokos.
![Polis tahan lelaki pecut kenderaan sejauh 12 kilometer Polis tahan lelaki pecut kenderaan sejauh 12 kilometer](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51588384690_KETUAPOLISDAERAHI.jpg)
Polis tahan lelaki pecut kenderaan sejauh 12 kilometer
Suspek yang memandu kereta jenis Proton Saga memecut kenderaannya dari Jalan Ipoh-Lumut menghala ke Jelapang sebelum memandu melawan arus di Jalan Besar Jelapang ke arah Silibin.