ALOR SETAR:Polis sedang melakukan siasatan menyeluruh berhubung kes kematian orang kena tangkap (OKT) yang juga bekas sukarelawan polis ketika dalam tahanan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, 28 Jan lepas.
Ketua Polis Kedah Datuk Hasanuddin Hassan berkata siasatan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada wujud elemen kekerasan, kecuaian, salah laku pegawai dan anggota yang terlibat selain kecederaan yang mungkin berlaku akibat pergelutan semasa tangkapan.
"Sehingga kini 47 orang saksi telah dipanggil dan dirakam percakapan. Mereka adalah ahli keluarga, pegawai dan anggota polis yang terlibat dalam tangkapan serta pegawai dan anggota polis yang menjaga lokap.
"(Turut dirakam percakapan) OKT lain yang ada bersama di dalam lokap semasa arwah ditahan dan juga pegawai perubatan daripada Hospital Yan dan Hospital Sultanah Bahiyah, di sini," katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.
Beliau berkata OKT itu, Muhammad Afis Ahmad ditahan pada 27 Jan lepas di bawah Seksyen 379 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan berkaitan kes curi dan menyamar sebagai anggota polis.
Menurut Hasanuddin sewaktu tangkapan dibuat arwah telah bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan dengan anggota polis, yang menyebabkan dia mengalami kecederaan di bahagian muka, telinga dan dahi.
"Pada pukul 12.30 tengah malam 28 Jan arwah didapati tidak sedarkan diri dan dihantar ke Hospital Yan. Pada pukul 1.10 pagi arwah telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas," katanya.
Beliau berkata pada 29 Jan, bedah siasat telah dijalankan oleh pakar pathologi Hospital Sultanah Bahiyah, yang mengenal pasti punca kematian disebabkan oleh 'blunt force trauma' di bahagian kepala, bagaimana pun laporan penuh bedah siasat itu belum diperolehi.
Katanya arwah sebelum ini pernah berkhidmat sebagai sukarelawan polis di IPD Kuala Muda antara 2013 dan 2014 sebelum ditamatkan perkhidmatan kerana terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
"Arwah juga sebelum ini pernah ditangkap sebanyak lapan kali atas kesalahan dadah dan jenayah serta pernah dikenakan hukuman oleh mahkamah... pihak polis akan menjalankan siasatan secara telus dan profesional untuk mengenal pasti punca kematian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 04 2021

Hasanuddin berkata, sewaktu tangkapan dibuat, arwah telah bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan dengan anggota polis. - Gambar fail

Malaysia perkukuh kerjasama ASEAN-India di bawah Kepengerusian 2025
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menggesa kerjasama lebih erat antara ASEAN dan India dengan keutamaan kepengerusiannya yang berteraskan "Keterangkuman dan Kemampanan."

Sabah peruntuk lebih RM75 juta laksana inisiatif bantuan pendidikan - Hajiji
Sabah memperuntukkan RM75.5 juta pada tahun ini untuk melaksanakan 13 inisiatif bantuan pendidikan kepada pelajar, sekolah, persatuan ibu bapa dan guru serta persatuan mahasiswa Sabah.

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi
Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.

Syukuri nikmat kesihatan, jadikan Ramadan ubah gaya hidup lebih sihat - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah masyarakat perlu mensyukuri nikmat kesihatan dan menjadikan Ramadan sebagai bulan untuk berubah kepada gaya hidup lebih sihat.

Usaha bantu golongan memerlukan sentiasa jadi keutamaan kerajaan - Noraini
Usaha membantu golongan memerlukan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dengan pelbagai inisiatif telah tersedia.

Mesin pengimbas bagasi akan ditambah baik di KLIA
Mesin pengimbas bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan ditambah baik bagi memerangi penyeludupan haiwan eksotik dan terancam.

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

Kes bakar ibu: Lelaki OKU mental diarah dirujuk ke hospital psikiatri
Seorang pengawal keselamatan yang mempunyai sejarah penyakit mental diperintahkan menjalani penilaian psikiatri selama sebulan.

Liga Super: Victor puji semangat juang pemain muda KDA FC
Ketua jurulatih interim Kedah Darul Aman (KDA) FC Victor Andrag memuji persembahan pemainnya yang memberi tentangan sengit kepada KL City FC sebelum tewas 2-3 dalam aksi Liga Super.

Anwar dijadual lancar projek pembangunan infra penanaman padi di Kedah hari ini
Majlis yang dijadual bermula 2.30 petang itu dijangka turut dihadiri Datuk Seri Mohamad Sabu dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Pengajar didakwa cabul pelajar lelaki
Seorang tenaga pengajar di sebuah madrasah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar lelaki di sebuah hotel, Sabtu lalu.

Amuk: Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang
Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang Ketika cuba menahan seorang lelaki yang mengamuk di Taman Seri Astana, Sungai Petani petang semalam.

Putrajaya, 3 negeri catat sifar miskin tegar tahun lepas
Usaha Kerajaan MADANI untuk menoktahkan kemiskinan tegar menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan, dengan tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan berjaya mencatatkan sifar miskin tegar.

Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam
Cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Victor Andrag harap rentak kemenangan KDA FC berterusan
Ketua Jurulatih Interim Kedah Darul Aman (KDA) FC Victor Andrag berharap rentak kemenangan pasukannya akan berterusan di sebalik isu tunggakan gaji yang dihadapi.

Kakitangan Parlimen Malaysia bantu mangsa banjir di Jeniang, Kedah
Mereka akan menyampaikan barangan keperluan harian serta membantu membersihkan kediaman mangsa yang terjejas akibat banjir.

Liga Super: Kedah nafi tarik diri, tiada hasrat ke liga amatur
KDA FC menegaskan bahawa mereka akan terus bersaing dalam Liga Super Malaysia dan menafikan segala khabar angin yang dimaksudkan sebelum ini.