KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat kes gangguan seksual terhadap seorang wanita membabitkan pegawai sebuah agensi penguat kuasa.
Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kes itu disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 507A, 509 dan 292 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.
"Kita ada terima laporan dan pegawai serta pengadu itu akan dipanggil dalam masa terdekat bagi memberi keterangan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Hari ini tular di media sosial paparan laporan polis seorang wanita berusia 39 tahun mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang pegawai tinggi kerajaan agensi keselamatan bergelar Datuk sejak tahun lepas.
Wanita yang bekerja sebagai penasihat kewangan itu mendakwa pertemuannya dengan individu terbabit pada Nov lepas adalah berkaitan cadangan pelaburan dan kewangan.
Sejak pertemuan kali pertama itu, individu terbabit telah mengganggu mangsa menerusi perbualan dan kandungan gambar serta video lucah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023

Tan Sri Razarudin Husain berkata kes itu disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 507A, 509 dan 292 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD
Polis telah menerima satu laporan pengadu berkaitan ketidakpuasan hati di atas tingkah laku anggota polis.

Polis terima laporan gangguan seksual anggota polis terhadap aktivis pelajar
Polis menerima laporan daripada seorang aktivis pelajar yang mendakwa diganggu secara seksual oleh anggota agensi keselamatan itu ketika keterangannya direkodkan.

15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.

Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
Pensyarah UM yang dikaitkan dengan isu penghantaran mesej jelik seksual, telah diambil tindakan tahan kerja.

Gangguan seksual di UA perlu bukti, fakta diperoleh melalui kaedah tepat
Sebarang dakwaan berhubung gangguan seksual hendaklah berasaskan kepada bukti dan fakta yang diperoleh melalui kaedah tepat dan boleh dipercayai.

Gangguan seksual: Zambry arah UM laksana siasatan segera
Arahan juga dikeluarkan supaya UM tidak mengambil ringan kes tersebut, bagi memastikan kes itu benar-benar mendapat keadilan.

Pensyarah didakwa lakukan gangguan seksual buat laporan polis - KPT
KPT memaklumkan pensyarah yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang penuntut UM baru-baru ini sudah membuah laporan polis dan siasatan sedang djalankan.

UM, pihak berkuasa siasat dakwaan pensyarah lakukan gangguan seksual - KPT
Unit Integriti Universiti Malaya (UM) sedang menjalankan siasatan secara aktif berhubung kes gangguan seksual yang melibatkan seorang pensyarah universiti tersebut.

Alumni dakwa seorang daripada lima penuntut UM pernah alami gangguan seksual
Setiap seorang penuntut daripada lima penuntut UM pernah mengalami gangguan seksual, dakwa Alumni Pengajian Gender.

Gangguan seksual: UMFC dakwa pelaku berpengaruh, 'kebal' daripada tindakan
Menurut kenyataan UMFC, walaupun telah membuat laporan berhubung kejadian kepada pihak pengurusan universiti, namun pelaku berkenaan seolah 'kebal daripada sebarang tindakan'.