KUALA LUMPUR: Polis melupuskan 1,059 kotak dan 35 guni mercun serta bunga api pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM4.1 juta yang dirampas dalam serbuan di dua premis di Taman Kepong, di sini.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kesemua mercun dan pelbagai bunga api berkenaan yang dirampas pada 24 Mac lepas dipercayai untuk pasaran sempena perayaan Aidilfitri ini.
"Kesemua rampasan berkenaan telah mendapat kebenaran Mahkamah Majistret 2 Kuala Lumpur untuk dilupuskan melalui cara tersendiri oleh polis setelah permohonan dibuat pada 18 April lepas.
"Setelah tempoh masa rayuan kes selama 14 hari dari tarikh tertuduh dijatuhi hukuman (29 Mac 2022), permohonan pelupusan telah dibuat dan diluluskan pada 18 April," katanya pada sidang media di Stor Barang Kes Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini, hari ini.
Beh berkata kesemua rampasan ini akan disembur dengan air dan digilis jentera berat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebelum dimampatkan oleh polis.
Sebelum ini, polis menahan lima lelaki warga tempatan berumur 21 hingga 51 tahun dan pada 29 Mac lepas, seorang individu berusia 51 tahun telah mengaku bersalah dan didenda RM14,000 di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Menyimpan dan Menjual Bahan Letupan).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 26 2022

Eng Lai berkata kesemua mercun dan pelbagai bunga api berkenaan yang dirampas pada 24 Mac lepas dipercayai untuk pasaran sempena perayaan Aidilfitri ini. - Gambar/ Sinar Harian

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Jom Ziarah Gereja: Hannah beri keterangan di IPD Sentul
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh hadir ke IPD Sentul pada Isnin, untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan penganjuran program Jom Ziarah Gereja oleh NGO yang bernaung di bawah KBS.

Isu hasutan: Abdul Hadi beri keterangan hampir dua jam
Ia susulan beberapa laporan polis dibuat terhadapnya berhubung ucapan didakwa berbaur hasutan sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-15, bulan lepas.

Rafizi selesai beri keterangan, telefon bimbit dirampas untuk bantu siasatan
Telefon bimbitnya dirampas pihak polis bagi membantu siasatan dan menurutnya, ia merupakan telefon bimbitnya yang kelima dirampas polis sejak tahun 2009.

Rafizi sahkan akan hadir ke IPD Sentul petang ini
Timbalan Presiden PKR itu dipanggil polis susulan dakwaannya yang mengaitkan Abd Latiff dengan isu berkaitan projek kapal tempur pesisir.

Lelaki ditahan dipercayai jual biskut kanabis
Polis menahan seorang lelaki dipercayai menjual dadah berbentuk biskut secara dalam talian di sebuah kondominium di Bandar Manjalara, Kepong, di sini, Rabu lepas.

Polis Sentul lupus lebih 1,000 mercun, bunga api bernilai RM4.1 juta
Polis melupuskan 1,059 kotak dan 35 guni mercun serta bunga api pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM4.1 juta yang dirampas dalam serbuan di dua premis di Taman Kepong, di sini.

Masyarakat perlu waspada trend terkini jenayah siber - Polis
Jenayah siber juga dapat dilihat dalam bentuk pekerjaan yang melibatkan proses jual beli barangan dengan pemberian komisen oleh pihak tertentu.

Pekerja kelab bistro maut tikam diri sendiri
Si mati ditemukan dalam keadaan berlumurun darah dan terbaring di lantai dengan beberapa kesan tikaman di paha kanannya.

Parti liar caj RM150 untuk 3 jam, 18 individu termasuk empat wanita asing ditahan
Polis menahan 18 individu termasuk empat wanita warga asing ketika sedang asyik mengadakan parti liar di sebuah kondominium di Jalan Metro Prima Barat, awal pagi Rabu.

NUTP buat laporan polis berhubung dakwaan wujud isu perkauman
Presiden NUTP Aminuddin Awang bersama wakil guru NUTP dari seluruh negara hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul bagi membuat laporan polis berkenaan.