KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini pada Isnin, untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan penganjuran program Jom Ziarah Gereja oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan.
Hannah bersama peguamnya, Sangeet Kaur Deo hadir ke IPD Sentul pada jam 5.30 petang.
Hannah yang juga Ahli Parlimen Segambut berkata, beliau memberi kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan dan berharap polis dapat melengkapkan kertas siasatan.
"Saya hadir selepas membaca berita bahawa polis mahu merakam keterangan saya, saya tidak mahu membuang masa dan segera hadir ke IPD Sentul.
"Saya percaya keterangan saya konsisten dengan apa yang telah saya jawab di Parlimen pada minggu lalu berkaitan program berkenaan, saya juga telah menjawab fitnah Chegubard (Badrul Hisham Shaharin)," katanya pada sidang akhbar di IPD Sentul di sini pada Isnin.
Pada Ahad, media melaporkan, polis membuka satu kertas siasatan berhubung penganjuran program Jom Ziarah Gereja.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim dilaporkan berkata, walaupun program itu telah dibatalkan pada Sabtu, namun satu laporan polis telah diterima berhubung kes itu.
Pada 14 Mac lalu, Hannah ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat menjelaskan bahawa program Jom Ziarah Gereja tidak melibatkan individu beragama Islam. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 20 2023

Hannah hadir ke IPD Sentul pada Isnin untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung penganjuran program Jom Ziarah Gereja. - Foto Sinar Harian
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Program 'Jom Ziarah Gereja' tertakluk kerajaan negeri - Mohd Na'im
Keputusan untuk membenarkan pelaksanaan Program 'Jom Ziarah Gereja' tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Naim Mokhtar.