KUALA LUMPUR: Keputusan untuk membenarkan pelaksanaan Program 'Jom Ziarah Gereja' tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Naim Mokhtar.
Oleh itu, Mohd Na'im berkata beliau menghormati sebarang keputusan kerajaan negeri tentang perkara tersebut.
"Sebab perkara ini ada khilaf yang berlaku, ada perbezaan pandangan di situ dan saya menghormati (keputusan) di peringkat negeri.
"Oleh sebab itu, ada negeri yang melarang dan ada yang membenarkan (program Ziarah Gereja)," katanya kepada pemberita pada majlis Townhall Ikon Nasional peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Sebelum ini media melaporkan Pulau Pinang tidak melarang mana-mana pihak menganjurkan program yang mengajak umat Islam melawat rumah ibadat bukan Islam di negeri itu bagi memahami agama lain, selagi tidak bercanggah dengan akta dan enakmen sedia ada.
Bagaimanapun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melarang perkara tersebut di negeri berkenaan.
Program 'Jom Ziarah Gereja' adalah inisiatif di bawah Projek Artikel 11 diterajui Impact Malaysia iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Selasa lepas, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat menjelaskan bahawa program 'Jom Ziarah Gereja' tidak membabitkan individu beragama Islam.
Pada majlis Townhall Ikon Nasional itu, Mohd Na'im turut menyerahkan bantuan awal pendidikan kepada 850 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) meliputi bantuan tunai, komputer riba dan beg keperluan asas berjumlah RM8 juta.
Program anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Bank Rakyat itu merupakan program perkongsian ilmu daripada tokoh-tokoh ternama yang berjaya dalam bidang masing-masing dengan pelajar IPT.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 18 2023
Mohd Na'im berkata beliau menghormati sebarang keputusan kerajaan negeri tentang perkara tersebut. - Gambar fail
AWANI Pagi: Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-43 tahun 2025
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Almirulita Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) berhubung Sambutan Hari Kastam Sedunia yang akan berlangsung 10 Februari ini.
[TERKINI] Helikopter terhempas di Jalan KL-Bentong, korban jiwa direkodkan
Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di Batu 8 Jalan Lama Kuala Lumpur, Bentong sebentar tadi.
Pesara kerugian lebih RM220,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerugian RM220,000 selepas terperdaya dengan 'phone scam' yang menyamar sebagai wakil Kementerian Kesihatan dan pegawai polis.
Helikopter dipercayai terhempas di Batu 8, Jalan Lama KL-Bentong
Sebuah helikopter dilaporkan terhempas di Batu 8 Jalan Lama Kuala Lumpur - Bentong sebentar tadi.
Polis banteras 19 premis judi, 10 dipotong elektrik di serdang
Polis Daerah Serdang bertindak tegas terhadap kegiatan perjudian haram dengan menjalankan operasi ke atas 19 premis sejak Julai 2024 hingga Januari tahun ini.
'Bagi alasan datang mahu lepas rindu'
Pintu besi dan laluan tangga sunyi yang dijaga lelaki di hadapan bangunan rumah kedai di Jalan Pudu, ibu negara rupanya berselindung dengan menawarkan aktiviti pelacuran wanita asing.
WCO permudah pelepasan Kastam
Organisasi Kastam Dunia (WCO) memainkan peranan penting dalam memastikan proses pelepasan kastam di Malaysia berjalan lancar dan efisien, kata Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Almirulita Mohd Yusoff.
Beliau menegaskan bahawa pegawai kastam barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menafsir cukai serta mengklasifikasikan barangan dengan tepat.
Beliau menegaskan bahawa pegawai kastam barisan hadapan perlu memiliki kecekapan dan latihan khusus dalam menafsir cukai serta mengklasifikasikan barangan dengan tepat.
Bumbung pusat dialisis hospital lati runtuh
Bumbung pusat dialisis Hospital Lati, Pasir Mas, runtuh secara tiba-tiba tengah malam tadi. Tiada kecederaan dilaporkan. Siasatan awal diserahkan kepada JKR untuk tindakan lanjut.
Pembantu kanan Trump pertahan cadangan Gaza
Pembantu kanan Presiden Donald Trump mempertahankan cadangannya untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan membenarkan Amerika Syarikat mengambil alih wilayah yang musnah akibat perang.
Namun, mereka menarik balik beberapa elemen selepas menerima kecaman antarabangsa.
Namun, mereka menarik balik beberapa elemen selepas menerima kecaman antarabangsa.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Program 'Jom Ziarah Gereja' tertakluk kerajaan negeri - Mohd Na'im
Keputusan untuk membenarkan pelaksanaan Program 'Jom Ziarah Gereja' tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Naim Mokhtar.