Sejumlah 18 individu termasuk lima kanak-kanak dipercayai menjadi mangsa buruh paksa di ladang kelapa sawit di Kampung Tasek, di sini, berjaya diselamatkan dalam satu operasi awal pagi Ahad.
Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, sekitar jam 1 pagi ini.
Polis turut menahan sepasang suami isteri yang bertugas sebagai pengurus ladang berkenaan, masing-masing berusia 44 dan 24, yang dipercayai menjadi dalang sindiket pemerdagangan manusia.
Difahamkan 11 mangsa termasuk enam wanita yang diselamatkan berusia di antara 27 dan 64 tahun, manakala lima mangsa kanak-kanak pula berusia di antara dua dan tujuh tahun.
Kesemua mereka yang juga warga tempatan ditempatkan sementara di rumah perlindungan di beberapa negeri termasuk Johor dan Negeri Sembilan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Gan Tian Kee ketika dihubungi mengesahkan serbuan itu dan pihaknya kini mendapatkan perintah reman terhadap pasangan suami isteri berkenaan.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati kedua-dua suspek menawarkan gaji RM900 kepada mangsa namun hanya membayar RM100, manakala mangsa kanak-kanak pula dipaksa bekerja di ladang tanpa diberi upah.
"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 13 dan 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini, pada petang Ahad.
Nazialita Geynna Maharan
Sun Feb 26 2017

Keadaan bilik mangsa ketika serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, sekitar jam 1 pagi ini.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Dakwaan anggota berpangkat Sarjan Mejar larikan isteri orang disiasat
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata buat masa ini pihaknya telah menerima beberapa laporan polis oleh suami wanita tersebut.

Cubaan bawa masuk barang dilarang ke dalam lokap, 2 anggota polis ditahan
Cubaan dua anggota polis yang dipercayai cuba membawa masuk barangan ke dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh gagal setelah ditahan.

Polis tahan 23 anggota kongsi gelap, leka acara angkat sumpah
Dalam serbuan sekitar 4.30 petang itu, kesemua individu berusia 22 hingga 55 tahun itu dipercayai sedang asyik mengadakan upacara angkat sumpah sebagai anggota kumpulan kongsi gelap.

Ancaman Daish: Keadaan terkawal, tiada tindakan khas diambil - Polis Tapah
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata keadaan di semua balai di IPD itu juga adalah terkawal.

Orang ramai diminta salur maklumat sindiket pemerdagangan manusia - Polis
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sindiket pemerdagangan manusia terutama melibatkan kanak-kanak diminta menyalurkannya kepada pihak berkuasa.

Polis selamatkan 18 mangsa buruh paksa ladang sawit di Perak
Polis turut menahan sepasang suami isteri, masing-masing berusia 44 dan 24, yang bertugas sebagai pengurus ladang yang dipercayai menjadi dalang sindiket pemerdagangan manusia.

Kes cabul Maahad Tahfiz, polis masih lengkapkan siasatan
Polis Perak sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan pencabulan seksual dan seks luar tabii membabitkan pelajar Maahad Tahfiz Darul Barakah di Manjoi.

Remaja dirogol lelaki bertopeng di rumah sendiri
Seorang remaja berusia 14 tahun dirogol seorang lelaki tidak dikenali yang menceroboh kediamannya di Bandar Baru Permyjaya, malam tadi.

Anak disyaki bunuh ibu kerana telefon pintar
Pertengkaran seorang ibu dan anak lelakinya yang dikatakan berkaitan pembelian telefon pintar berakhir dengan tragedi apabila wanita itu mati.