Tiada langkah khas yang diambil bagi mengawal keselamatan semua balai polis di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah yang dipercayai diancam gerakan militan Daish.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata keadaan di semua balai di IPD itu juga adalah terkawal.
Polis Diraja Malaysia telah meningkatkan kawalan keselamatan di semua formasinya bagi menangani ancaman terutama militan Daish sejak arahan dikeluarkan tahun lepas, katanya kepada pemberita selepas Sambutan Memperingati Hari Polis ke-210 Kontinjen Perak, di sini hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan berjaya mematahkan cubaan melancarkan serangan ke atas balai polis di Tapah susulan penangkapan seorang lelaki yang dipercayai anggota Daish.
Suspek berusia 31 tahun itu dan bekerja sebagai pembantu kedai makan dipercayai merancang menggunakan bom kereta. Dia antara sembilan suspek anggota Daish yang ditahan polis di beberapa lokasi antara 15 Mac hingga Selasa lalu.
Sementara itu, Gan berkata polis tetap mengadakan kawalan proaktif di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar sekalipun bahas antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di situ telah dibatalkan.
"Kawalan ini diadakan supaya kita dapat menjaga ketenteraman awam," katanya.
Sebelum ini, bahas itu dijadualkan berlangsung di dewan MRSM berkenaan pada 2.30 petang hari ini namun permohonan penganjur untuk mendapatkan permit bagi acara tersebut ditolak oleh polis. -- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 25 2017

Datuk SAC Gan Tian Kee (tiga, kiri) beramah mesra dengan wakil media yang menerima anugerah pada majlis Perhimpunan Memperingati Hari Polis ke 210 di IPK hari ini. -Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pasangan suami isteri mengaku bersalah miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Sepasang suami isteri hari ini mengaku bersalah di dua Mahkamah Tinggi atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish pada Mei lepas.

Bicara kes operator kilang sokong kumpulan Daish bermula 12 Feb 2025
Muhammad Aabid didakwa menyimpan bahan letupan, memiliki sembilan video dan lima artikel berkaitan pengganas Daish, serta membuat bahan letupan sebagai persediaan untuk melakukan perbuatan pengganas.

Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong Daish, miliki senjata api
Radin Imran membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim yang kemudiannya menetapkan 15 Nov ini untuk pengurusan kes.

Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish
Muhamad Norulaini Supardi, 33, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.

Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol
Panel hakim membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul
Sebanyak 14 kenderaan dan 58 anggota polis dikerah memindahkan kira-kira 1,000 peserta yang sedang membuat persiapan bagi sambutan Seoul Festa.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan
Israel secara rahsia menyelaraskan serangan udara ke atas Syria bersama tentera AS, bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish.

Ketua PBB prihatin dengan kematian orang awam dalam tindakan AS membunuh pemimpin Daish
Antonio Guterres berkata, siasatan adalah penting dalam kes menentukan pihak yang bertanggungjawab atas kematian akibat serangan.