Polis Kedah melumpuhkan 'Geng Jeeven' yang dipercayai aktif menyamun di negeri itu, selepas memberkas lima suspek termasuk ketua kumpulan dalam Ops Cantas Khas bermula malam semalam hingga awal hari Sabtu.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata lima lelaki terbabit yang berusia antara 30 dan 40-an diberkas dalam tiga operasi di Sungai Petani dan di sini.
Bercakap dalam sidang media di sini, beliau berkata penangkapan itu bermula dengan maklumat awam mengenai rompakan yang dirancang oleh kumpulan tersebut di sebuah kedai di Jalan Kampung Baru, Sungai Petani.
"Saya telah mengarahkan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda ke kedai tersebut pada pukul 10.15 malam tadi tetapi didapati kedai itu telah disamun," katanya.
Beliau berkata ketika polis tiba di lokasi, tiga penjenayah termasuk ketua kumpulan yang berusia 40-an terbabit sudah menaiki kereta yang diletak di hadapan kedai dan cuba memecut untuk melarikan diri.
"Satu das tembakan telah dilepaskan sebagai amaran supaya suspek memberhentikan kenderaan tetapi mereka terus memecut hingga melanggar sebuah kereta milik orang awam. Kita berjaya menghalang suspek.
"Kesemua suspek yang ditahan dibawa ke IPK Kedah dan hasil siasatan mendapati mereka anggota kumpulan Jeeven yang dikehendaki polis kerana terlibat dalam kegiatan samun di kawasan Alor Setar, Kuala Muda dan Jitra," katanya.
Ahmad berkata polis turut menemukan wang samun berjumlah RM30,000 bersama-sama 40 unit jam tangan, pisau, komputer riba dan telefon bimbit.
Hasil soal siasat ke atas semua suspek, polis kemudian melakukan dua lagi tangkapan iaitu di Simpang Kuala dan Jalan Datuk Kumbar di sini pada pukul 4.30 pagi tadi.
"Dua yang ditangkap ini juga anggota kumpulan Jeeven dan kita percaya masih ada lagi anggota geng ini di luar sana," katanya.
Menurut Ahmad, lima suspek terbabit mempunyai rekod jenayah tiga hingga 12 kes membabitkan dadah, samun dan bunuh.
"Kesemua mereka ditahan reman mulai hari ini hingga 13 Jun bagi siasatan lanjut menurut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana samun berkawan," katanya.
Ahmad berkata pihaknya akan bekerjasama dengan polis Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Perak kerana Geng Jeeven dipercayai turut terlibat dalam beberapa kes samun di negeri-negeri berkenaan.
Sementara itu, beliau berkata sepanjang Ops Cantas Khas yang bermula 18 Ogos tahun lalu hingga sekarang, polis Kedah berjaya merampas 10 pucuk pistol, 18 laras senapang angin, tujuh 'assault rifle', satu laras pump-gun, 15 pistol tiruan, tiga unit alat letupan rekaan (IED) dan 1,449 butir peluru.
Bernama
Sun Jun 08 2014

'Geng Jeeven' dipercayai aktif menyamun di negeri itu. -Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Jenazah Mat London selamat dikebumi
Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati selepas solat Jumaat dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan industri perfileman.

Fahmi ucap takziah kepada keluarga Mat London
Fahmi menerusi catatan di Facebook, mendoakan semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian itu.

Mat London kembali ke rahmatullah
Allahyarham Mat London yang berusia 74 tahun meninggal dunia di ICU, Hospital Kuala Lumpur sekitar pukul 5.57 pagi tadi.

Dewan Negara: Lim, Ahmad angkat sumpah sebagai Senator
Rais ketika mengalu-alukan kedua-dua tokoh berkenaan berkata, tempoh lantikan Lim dan Ahmad adalah sehingga tahun 2025.

FDAM minta MyCAP dikaji semula
Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) meminta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) agar mengkaji semula Program Peningkatan Kapasiti Kreatif Malaysia (MyCAP).

COVID-19: Ahli FDAM bakal dapat vaksin berkelompok - Ahmad Ibrahim
Presiden FDAM Ahmad Ibrahim berkata peluang itu turut terbuka kepada pasangan mereka dan anak berusia 18 tahun ke atas.

Segerakan program imunisasi berkelompok untuk penggiat industri kreatif
Dalam keadaan tanpa vaksinasi pasti sukar bagi stesen atau penerbit luar untuk membuat dan membekalkan program baharu kerana risiko jangkitan akan berlaku.

#NoToLanun: Cetak rompak jejas kualiti karya tempatan - Aziz M Osman
Perbuatan cetak rompak akan menjejaskan prestasi sesuatu produksi untuk menghasilkan lebih banyak karya yang berkualiti.

Video promosi judi: Pengarah, syarikat berkaitan sindiket bukan ahli FDAM
Presiden FDAM, Dr Ahmad Ibrahim berkata pihaknya akan bertindak mengikut perlembagaan FDAM tanpa mengganggu siasatan polis jika mereka ada dalam senarai keahlian persatuan itu.

Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dilantik penaung pertama FDAM
Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dilantik sebagai penaung Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) yang pertama sejak persatuan itu ditubuhkan pada tahun 1993, berkuat kuasa 1 Feb lepas.