KUALA LUMPUR:Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuantan Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dilantik sebagai penaung Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) yang pertama sejak persatuan itu ditubuhkan pada tahun 1993, berkuat kuasa 1 Feb lepas.
Presiden FDAM Ahmad Ibrahim menyifatkan pelantikan Tengku Azlan sebagai satu anugerah berharga buat penggiat industri kreatif bagi melonjakkan industri itu dalam menghadapi cabaran 2021 di tengah krisis ekonomi berikutan pandemik COVID-19.
"FDAM tidak menyangka Tengku Azlan menerima pelawaan persatuan dalam masa yang singkat sebaik sahaja saya dan Ketua Sekretariat FDAM Mohamad Zaini Hassan mengadakan kunjungan hormat ke pejabat beliau bagi mempersembahkan surat undangan secara rasmi awal minggu ini.
"Kami menyanjung tinggi keikhlasan Tengku menerima pelawaan kami. Rupa-rupanya Tengku seorang yang prihatin terhadap nasib anak seni. Dalam kesibukannya sebagai ahli perniagaan dan tokoh korporat, Tengku masih ada masa mengikuti perkembangan industri seni negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tengku Azlan, 72, yang juga adinda kepada Almarhum Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Jerantut selama tiga penggal dari 1999 hingga 2013 dan Timbalan Menteri Pengangkutan dari 2004 hingga 2008.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 06 2021

Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dilantik sebagai penaung FDAM yang pertama sejak persatuan itu ditubuhkan pada tahun 1993. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dilantik penaung pertama FDAM
Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dilantik sebagai penaung Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) yang pertama sejak persatuan itu ditubuhkan pada tahun 1993, berkuat kuasa 1 Feb lepas.