KUALA LUMPUR: Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) tidak menemukan nama syarikat atau pengarah terbabit dengan sindiket yang mempromosi iklan perjudian secara dalam talian dalam rekod keahlian FDAM.
Presiden FDAM, Ahmad Ibrahim berkata pihaknya akan bertindak mengikut perlembagaan FDAM tanpa mengganggu siasatan polis jika mereka ada dalam senarai keahlian persatuan itu.
Beliau berpandangan insiden video itu juga telah memalitkan onar kepada karyawan filem terdiri daripada pengarah, kru produksi dan pelakon yang sentiasa menjaga integriti sebagai penggiat industri kreatif.
"FDAM menyelar pihak bertanggungjawab yang sanggup mencemar kesucian Ramadan dan Syawal serta mengguris perasaan umat Islam dengan penerbitan video itu," katanya seperti dilaporkan Bernama.
Dalam satu satu kenyataan malam tadi, Ahmad menjelaskan, sebagai persatuan yang mengawal selia aktiviti pengarahan dan integriti pengarah, FDAM sentiasa memastikan ahlinya mematuhi etika seperti yang digariskan dalam perlembagaan.
Katanya, sesiapa yang didapati melanggar etika akan dipanggil oleh Jawatankuasa Tatatertib FDAM untuk diambil tindakan.
Beliau juga berharap semua karyawan agar sentiasa mematuhi perlembagaan persatuan masing-masing dan undang-undang negara selain meminta setiap pemimpin persatuan untuk memantau ahlinya agar nama baik persatuan dan industri perfileman Malaysia sentiasa terpelihara.
Sejak Jumaat, tular dalam media sosial mengenai penyiaran iklan yang mengajak umat Islam di dalam negara berjudi bagi mendapatkan dana balik kampung sempena sambutan Aidilfitri.
Setakat ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 13 individu termasuk penerbit dan pelakon bagi membantu siasatan pembikinan kedua-dua video yang mempromosikan judi dalam talian itu.
Astro Awani
Sun Apr 18 2021

Ahmad berpandangan, insiden video itu memalitkan onar kepada karyawan filem yang sentiasa menjaga integriti sebagai penggiat industri kreatif. - Foto media sosial
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

FDAM gesa penggiat seni utamakan kesihatan, enggan sejarah P Ramlee berulang
Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menggesa ahli-ahlinya mengambil masa menjaga diri sendiri berbanding terlalu fokus bekerja.

FDAM galakkan ahli mencarum SKSPS - Afdlin
Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menggalakkan kesemua ahlinya menyertai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) Perkeso.

Afdlin Shauki dilantik Pengerusi baharu FDAM
Afdlin berikrar untuk menaikkan kembali imej FDAM yang tercalar sebelum ini.

FDAM dibenar beroperasi semula - Pemangku Presiden
Persatuan Pengarah Filem Malaysia dibenarkan beroperasi semula setelah mendapat keputusan rayuan daripada Kementerian Dalam Negeri bulan lepas.

Jenazah Mat London selamat dikebumi
Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Mardhiyah, Taman Melawati selepas solat Jumaat dengan dihadiri ahli keluarga dan rakan-rakan industri perfileman.

FDAM minta MyCAP dikaji semula
Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) meminta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) agar mengkaji semula Program Peningkatan Kapasiti Kreatif Malaysia (MyCAP).

FDAM bantah penerbitan iklan Hari Kebangsaan bangkitkan isu perkauman
Bantahan itu merujuk kepada sebuah video berdurasi satu minit yang diterbitkan oleh sebuah pertubuhan memaparkan adegan seorang bapa melontarkan kata-kata berunsur perkauman di hadapan anaknya.

COVID-19: Ahli FDAM bakal dapat vaksin berkelompok - Ahmad Ibrahim
Presiden FDAM Ahmad Ibrahim berkata peluang itu turut terbuka kepada pasangan mereka dan anak berusia 18 tahun ke atas.

Segerakan program imunisasi berkelompok untuk penggiat industri kreatif
Dalam keadaan tanpa vaksinasi pasti sukar bagi stesen atau penerbit luar untuk membuat dan membekalkan program baharu kerana risiko jangkitan akan berlaku.

Video promosi judi: Pengarah, syarikat berkaitan sindiket bukan ahli FDAM
Presiden FDAM, Dr Ahmad Ibrahim berkata pihaknya akan bertindak mengikut perlembagaan FDAM tanpa mengganggu siasatan polis jika mereka ada dalam senarai keahlian persatuan itu.