Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatan beliau dari India, Narendra Modi menegaskan pada Sabtu bahawa tiada sebarang kewajaran bagi tindakan keganasan yang dilakukan atas apa jua alasan sekalipun.
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas mesyuarat dua hala mereka di Hyderabad House di sini, kedua-dua perdana menteri mengulangi komitmen padu mereka untuk memerangi keganasan dalam semua bentuk dan manifestasi, serta bekerjasama rapat untuk menangani ancaman itu.
Mereka menegaskan bahawa memerangi keganasan bukan setakat berusaha mengendala dan menghapuskan pengganas, pertubuhan pengganas dan rangkaiannya, tetapi turut mengenal pasti serta mengambil langkah tegas terhadap negara yang menyokong dan membiayai keganasan.
"Pengganas tidak seharusnya diagung-agungkan sebagai mati syahid," kata mereka dalam kenyataan itu.
Najib, yang melakukan lawatan rasmi kali ketiga ke India selepas menjawat jawatan perdana menteri pada 2009, mengetuai delegasi sembilan menteri, termasuk Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Ketika menggesa agar langkah segera diambil untuk menangani dan mencegah keganasan, keganasan melampau dan radikalisasi, kedua-dua pemimpin menzahirkan keazaman mereka untuk mengambil langkah konkrit bagi mempertingkatkan kerjasama dan penyelarasan dalam undang-undang penguatkuasaan, risikan serta badan keselamatan.
Sehubungan itu, Najib dan Modi menyeru masyarakat antarabangsa supaya memperkukuhkan rejim multilateral untuk menangani dengan berkesan cabaran yang dibawa kegiatan keganasan.
Mereka turut mengiktiraf kepentingan kesederhanaan seperti yang didukung oleh Pergerakan Kesederhanaan Global dengan menggalakkan dialog, hormat menghormati dan persefahaman, toleransi serta keharmonian sebagai pendekatan untuk menangani semua bentuk ekstremisme.
Dalam hal ini, mereka mengiktiraf kerjasama antara pertubuhan yang berkaitan dari India dan Yayasan GMM untuk menjalankan aktiviti yang membawa faedah bersama dan program ke arah menggalakkan kesederhanaan.
Kedua-dua perdana menteri bersetuju untuk terus mengadakan Sidang Kemuncak yang tetap dengan matlamat menyediakan rangsangan seterusnya ke arah hubungan dua hala yang akrab, dan mempertingkatkan perkongsian strategik Malaysia-India.
Najib dan Modi juga bersetuju dengan keperluan untuk memuktamadkan lebih awal perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) berdasarkan terma yang dipersetujui bersama. -- Bernama
Bernama
Sat Apr 01 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) bersama rakan sejawatannya Narendra Modi ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri India itu sempena lawatan rasmi enam hari beliau ke India, hari ini. - Foto Bernama
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Kaum India harap isu pemilikan ekuiti, pendidikan dan penyertaan sektor awam diberi tumpuan
Kesavan berkata meskipun terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam Belanjawan 2025, masyarakat India tetap menerima manfaat ketara.
India uji peluru berpandu hipersonik jarak jauh
India telah melancarkan ujian peluru berpandu hipersonik jarak jauh pertamanya sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan persenjataannya.
Pakistan, India isytihar darurat kesihatan akibat jerebu
Hospital dalam keadaan berjaga-jaga, waktu operasi klinik dilanjutkan beberapa jam dan petugas perubatan diarahkan melakukan syif tambahan.
Sekolah rendah di Delhi ditutup susulan pencemaran udara semakin kritikal
Ibu negara India pada Khamis mengumumkan penutupan sekolah rendah apabila tahap pencemaran udara mencapai paras berbahaya dengan bermulanya musim sejuk.
Umat Islam di India pergiat bantahan terhadap RUU kontroversi mengenai pentadbiran harta
RUU Pindaan Wakaf 2024 dikritik sebagai pencabulan hak asasi perlembagaan dan usaha melemahkan pengurusan komuniti Muslim terhadap hartanya.
ACT Wanita: Malaysian Tigress mula langkah kiri di India
Gawang negara bocor pada minit kelapan apabila Sangita Kumari memanfaatkan pukulan sudut penalti untuk meletakkan juara bertahan di depan 1-0.
Permohonan Malaysia sertai BRICS dapat sokongan padu anggotanya, termasuk India, China - PM
Permohonan Malaysia untuk menjadi anggota BRICS mendapat sokongan padu daripada kalangan anggotanya termasuk Rusia, China dan India semasa mesyuarat lapan negara asas BRICS.
India ambil tindakan bendung penyebaran ugutan bom palsu di media sosial
Kerajaan India mengarahkan platform media sosial untuk mencegah penyebaran ugutan bom palsu.
India bimbang dengan perkembangan di Asia Barat
India berkata ia sangat bimbang terhadap peningkatan konflik di Asia Barat dan kesannya terhadap keamanan dan kestabilan di rantau itu dan sekitarnya.
Mati jatuh dari tingkat tiga ketika kejar anjing
SEORANG lelaki menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel ketika mengejar seekor anjing di India.