KUALA LUMPUR: Perdana Menteri perlu ada keberanian dan ketegasan dalam membentuk barisan Kabinet yang akan membantunya menguruskan negara.
Penganalisis Politik Universiti Malaya, Prof Madya Awang Azman Awang Pawi berpendapat, keseimbangan sememangnya penting dalam Kabinet, namun, apa yang lebih perlu diutamakan ialah prestasi pemimpin yang dipilih.
"Kita hanya ada kira-kira 17 bulan sahaja sebelum pilihan raya umum yang akan datang. Justeru, ahli Kabinet yang dipilih perlu efisien bagi membolehkan segala perancangan dan fungsi berjalan dengan baik.
"Perdana Menteri perlu lihat setiap lantikan itu sebagai lantikan untuk negara. Pastikan fokus terarah pada isu-isu besar seperti ekonomi dan kesihatan.
"Kita tidak perlu Kabinet yang besar, cukup sekadar tahu fokus utama dan berfungsi dengan efisien," katanya kepada Astro AWANI.
Menurut Awang Azman, ketika ini pastinya tumpuan rakyat terarah kepada kementerian-kementerian utama seperti Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Pendidikan.
"Kedua-dua kementerian ini memerlukan individu yang bukan sahaja faham selok-belok kementerian, tetapi juga dinamik dan proaktif serta berfikiran terbuka.
"Sebagi contoh KKM, menteri terbabit perlu pandai cari keseimbangan dalam aspek sains, data dan sosial. Vaksin memang membantu tetapi ia bukan satu-satu jalan keluar dari pandemik.
"Nak turunkan kes, kena tengok dari pelbagai sudut pandangan. Lebih baik, jika beliau seorang yang terbuka menerima pendapat khususnya daripada pakar-pakar," ujar beliau lagi.
[LAPOR LANGSUNG] Ismail Sabri PM ke-9
BACA: Ismail Sabri angkat sumpah jawatan PM ke-9 di Istana Negara
BACA: Senarai hajat rakyat Malaysia kepada Ismail Sabri
Awang Azman juga berpendapat, tiada keperluan untuk mewujudkan kementerian baharu ketika ini, memandangkan banyak kementerian sudah mempunyai sub bahagian yang tersendiri.
"Penjenamaan kementerian boleh difikirkan, tetapi apa yang perlu dilihat sekarang adalah pengisian kementerian itu.
"Kena ada kerjasama sepasukan dan sedikit kreativiti untuk memastikan kementerian itu mampu berfungsi di tahap maksima," jelas Awang Azman.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan barisan Kabinetnya dalam tempoh terdekat selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Sabtu.
Ismail Sabri, 61, dilantik sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan Muhyiddin, yang meletak jawatan pada 16 Ogos lepas selepas kehilangan majoriti sokongan Ahli-ahli Dewan Rakyat.
Madiha Abdullah
Sun Aug 22 2021
Perdana Menteri perlu melihat setiap lantikan Menteri Kabinet sebagai lantikan untuk negara selain memastikan fokus terarah pada isu-isu besar seperti ekonomi dan kesihatan. - Gambar Jabatan Penerangan
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Serangan Israel di Lubnan, lima petugas perubatan terkorban
Israel melancarkan serangan besar ke selatan Lubnan dan pinggir Beirut pada Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya lima petugas perubatan terkorban.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
Langkah tersebut menjejaskan usaha utusan Amerika Syarikat untuk mewujudkan gencatan senjata segera.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.