KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus memangkin perubahan dan mempertahankan kualiti dan fakta.
Dalam hantaran ringkas melalui laman Facebooknya bersempena dengan ulang tahun ke-78 RTM semalam, beliau turut berharap stesen penyiaran tertua Malaysia itu kekal menjadi suara kepada rakyat dan negara.
"Selamat ulang tahun yang ke-78 kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM)," kata beliau.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui hantaran dalam laman Facebooknya semalam berharap RTM terus ke hadapan dalam menyediakan kandungan berkualiti yang merentas teknologi, cabaran pemikiran, serta perubahan trend semasa.
Sebagai penonton dan juga pendengar siaran RTM, katanya, beliau sentiasa menyokong dan berdiri teguh bersama RTM sebagai sebuah medium penyampaian maklumat yang tepat kepada seluruh masyarakat di negara ini.
"Pastinya RTM sentiasa menjadi 'Teman Setia Anda'," katanya.
RTM ditubuhkan pada 1 April 1946, bermula dengan stesen siaran radio, manakala siaran televisyen diperkenalkan pada 28 Dis 1963.
Kini, RTM mengendalikan enam stesen televisyen serta 34 siaran radio di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024

RTM ditubuhkan pada 1 April 1946, bermula dengan stesen siaran radio, manakala siaran televisyen diperkenalkan pada 28 Dis 1963. - Facebook Anwar Ibrahim

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PM harap RTM terus memangkin perubahan, suara kepada rakyat, negara
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berharap stesen penyiaran tertua Malaysia itu kekal menjadi suara kepada rakyat dan negara.

Personaliti TV Astro AWANI Essan Yahya akhiri zaman bujang
Personaliti Astro AWANI Salehuddin Yahya selamat diijab kabul dengan buah hatinya, Nurul Syaza Mohd Sahaib dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Selatan pada Khamis.

Tengku Permaisuri Norashikin mencemar duli baca Berita Perdana Khas RTM
Sempena sambutan ulang tahun RTM ke-75, Tengku Permaisuri Selangor,Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman mencemar duli membuat kemunculan istimewa di slot Berita Perdana Khas pukul 8 malam.

Penyelewengan dana Lembaga Zakat, dua pegawai kanan RTM direman - SPRM
Latheefa Koya berkata tempoh reman untuk dua pegawai itu telah dilanjutkan selama lima hari bermula Khamis lepas, manakala seorang lagi tidak disambung.

Enam acara utama sempena Istiadat Pertabalan Agong
Sebanyak enam acara utama telah disusun atur sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bermula Khamis ini.

Status petugas kontrak RTM akan diketahui dalam masa terdekat - Gobind
Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang mengadakan perbincangan dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berhubung kedudukan petugas berstatus kontrak.

Belum ada keputusan mengenai Ketua Pegawai Eksekutif baharu Bernama - Gobind
Belum ada sebarang keputusan mengenai ketua pegawai eksekutif Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang baharu lagi, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Gobind harap sambutan Deepavali cerahkan semangat kenegaraan rakyat
Menteri Komunikasi dan Multimedia turut menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyambut perayaan itu.

Tiada siaran langsung perbicaraan kes Najib - Gobind Singh
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini menolak cadangan supaya perbicaraan kes mahkamah melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disiarkan secara langsung.

Hassan Azhari sudah tiada
Tokoh agama Tan Sri Hassan Azhari, 90 tahun meninggal dunia meninggal dunia pada pukul 5.07 petang hari ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana menghidap kanser limfoma tahap empat.