Perkhidmatan pemasangan dan penyelenggaraan internet kini dibenarkan beroperasi di premis yang terletak di dalam zon hijau iaitu kawasan yang tiada sebarang kes positif COVID-19.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan malam tadi berkata perkhidmatan itu termasuk kerja pemasangan jalur lebar talian tetap, pembaikan, penyelenggaraan rangkaian dan pemasangan infrastruktur baharu.
"Bagaimanapun, sekiranya premis berkenaan terletak di bawah zon kuning dan merah yakni mempunyai kes positif jangkitan COVID-19, kerja pemasangan jalur lebar talian tetap adalah tidak dibenarkan sama sekali," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, kerja-kerja perkhidmatan itu perlu mengambil kira tahap keselamatan pelanggan dan pekerja syarikat penyedia perkhidmatan.
Kenyataan itu menyebut, bagi kerja-kerja pembaikan, kakitangan syarikat telekomunikasi dan pihak pemasang juga dibenarkan untuk memasuki premis pelanggan sekiranya kawasan berkenaan adalah di dalam zon hijau.
"Di zon kuning dan merah, mereka hanya boleh menyelesaikan masalah sehingga di pusat pengedaran (distribution point) sahaja.
"Tindakan memasuki premis di zon kuning dan merah hanya dibenarkan untuk premis-premis yang menyediakan perkhidmatan perlu dan kritikal sahaja," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, pekerja syarikat penyedia perkhidmatan dan pelanggan perlu mengemukakan deklarasi kesihatan mereka terlebih dahulu, sebelum dibenarkan beroperasi.
Pekerja dan pelanggan juga perlu mematuhi garis panduan ketika berinteraksi seperti sentiasa memakai topeng muka dan mengamalkan penjarakan sosial.
Jelasnya, pelanggan yang menetap di kawasan zon kuning dan merah, boleh mendapatkan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar yang boleh dilanggan tanpa keperluan pemasangan di rumah, dengan melayari laman sesawang atau menghubungi terus syarikat telekomunikasi yang menawarkan pakej berkenaan.
"Larangan kerja pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan di zon kuning dan merah dibuat kerana ia melibatkan kehadiran pihak penyedia perkhidmatan (sekurang-kurangnya dua orang pekerja) yang perlu memasuki kediaman pelanggan bagi menjalankan penilaian teknikal tentang ketersediaan premis pelanggan untuk pemasangan jalur lebar.
"Kerja pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan di kawasan zon kuning dan merah amat berisiko dan boleh menyebabkan para pekerja dan pelanggan terdedah kepada jangkitan COVID-19 sekali gus mengancam keselamatan kedua-dua pihak," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 19 2020
Bagi kerja-kerja pembaikan, kakitangan syarikat telekomunikasi dan pihak pemasang juga dibenarkan untuk memasuki premis pelanggan sekiranya kawasan berkenaan adalah di dalam zon hijau. - Gambar hiasan
Polis kesan lelaki Myanmar disyaki tetak rakan
Polis sedang mengesan seorang lelaki Myanmar yang dipercayai menetak rakan senegaranya sehingga cedera parah di sebuah ladang sawit di Jalan Sungai Kechil, Nibong Tebal pada 10 Januari lepas.
[TERKINI] Polis menahan pengasuh Taska dipercayai kaitan kematian bayi lelaki
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Akmalrizal Radzi bagaimanapun berkata wanita warga tempatan berusia awal 30-an itu telah dilepaskan dengan jaminan polis.
Jangan sentuh ubur-ubur api terdampar
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan tidak menyentuh kehadiran ratusan ubur-ubur api yang kini terdampar di Pantai Rhu Muda, Marang.
Air pasang besar sebabkan penduduk terpaksa pindah
Fenomena air pasang besar mengakibatkan 16 mangsa membabitkan lima keluarga di Kemaman, Terengganu terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Penduduk terjejas di Johor catat 3,455 orang
Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor menurun ke 3,455 orang berbanding 3,471 orang, pagi tadi.
Protes antiperang, penunjuk perasaan Israel bertempur dengan polis
Puluhan penunjuk perasaan Israel bertempur dengan anggota polis dalam protes antiperang di Tel Aviv pada Sabtu.
Lima sekeluarga maut kemalangan selamat dikebumikan
Lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM65 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin di sini malam tadi, selamat dikebumikan.
Polis kesan lelaki Myanmar disyaki tetak rakan senegara
Polis sedang mengesan seorang lelaki Myanmar yang dipercayai menetak rakan senegaranya sehingga cedera parah di sebuah ladang sawit di Jalan Sungai Kechil, di sini 10 Jan lepas.
Pengasuh taska disyaki terlibat kematian bayi empat bulan ditahan
Polis menahan seorang pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) dipercayai berkait kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan 3 Jan lepas.
'Tersilap hantar', gudang perabot terkenal terima periuk api antikereta kebal
Kira-kira 240 periuk api antikereta kebal yang terlepas daripada pemeriksaan tentera Poland, secara tidak sengaja dihantar ke gudang sebuah syarikat perabot di negara itu.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.