Kerajaan negeri Perak melalui Lembaga Air Perak (LAP) akan mendakwa beberapa pihak yang terlibat dalam kegiatan mencuri air di sekitar Kampung Bagan Panchor, Pantai Remis, di sini, sejak enam bulan lepas.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pihak LAP menerusi siasatan yang dijalankan mereka telah mengenal pasti pihak terbabit dan berharap pendakwaan dapat dilakukan dengan segera.
"Bukti kes telah dikumpulkan, saya berharap pihak berkuasa dapat segera siapkan kertas pendakwaan kepada pihak terlibat agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera.
Dengan adanya kertas pendakwaan ini kelak, diharap ianya dapat menghentikan cubaan sesetengah pihak yang cuba mempertahankan mereka yang mencuri air tanpa menyedari tindakan tersebut membawa pelbagai kesusahan kepada rakyat," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan anugerah Pingat Jasa Malaysia kepada 30 perajurit veteran negara di Teluk Batik, di sini.
Zambry berkata kegiatan mencuri air itu akan menyebabkan kerugian berjuta ringgit kepada sumber kerajaan negeri serta menjejaskan kehidupan seharian masyarakat di kawasan berkenaan.
"Kegiatan ini turut menyebabkan kekurangan bekalan air di kawasan penempatan dan perindustrian sekitar Panchor, Batu Hampar dan Sungai Tinggi.
Saya tidak peduli dia tebuk lubang kecil atau besar, ataupun di mana sahaja. Kecurian air tetap kecurian air, jadi kita akan laksanakan tindakan yang sewajarnya untuk menghentikan sindiket tidak bertanggungjawab ini," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut meminta agar pihak LAP dapat menambah baik dan menaik taraf saiz paip yang menjadi saluran utama kepada bekalan air di seluruh kawasan itu.
Bernama
Sat Feb 28 2015
ZAMBRY : Pihak LAP menerusi siasatan yang dijalankan mereka telah mengenal pasti pihak terbabit dan berharap pendakwaan dapat dilakukan dengan segera. - Gambar fail
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Kadar baharu tarif air Perak diumum Mac depan - MB
Kadar baharu tarif air di Perak akan diumumkan selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri pada 6 Mac hadapan.
Lembaga Air Perak terima Anugerah Zakat Kebangsaan 2023 kategori GLC
LAP pembayar zakat tertinggi bagi kategori syarikat di Perak, dengan rekod jumlah bayaran terkumpul sebanyak RM86,457,140.14 sejak 2007.
Air terawat: Perak sedia bincang dengan Pulau Pinang - MB
Pulau Pinang telah menyatakan hasrat untuk membeli air terawat daripada negeri Perak, bukannya air mentah seperti sebelum ini.
Cuaca panas: Paras air dua empangan di Perak masih di tahap maksimum
Paras air di dua empangan utama di Perak masih berada di tahap maksimum meskipun negara kini dilanda cuaca panas, kata Pengurus Besar Lembaga Air Perak (LAP) Datuk Ishak Abd Rahman.
Bekalan air di Manjung, Perak Tengah pulih sepenuhnya - LAP
Bekalan air yang menjejaskan hampir 80,000 akaun pengguna di daerah Manjung dan Perak Tengah pulih sepenuhnya awal pagi tadi, kata Pengurus Besar Lembaga Air Perak (LAP) Datuk Ishak Abd Rahman.
Gangguan bekalan air di Daerah Manjung dan Perak Tengah dijangka pulih pagi esok
Lembaga Air Perak (LAP) menjangkakan masalah bekalan air yang menjejaskan penduduk di Daerah Manjung dan dan Perak Tengah akan pulih menjelang pagi esok.
Lebih 30 kawasan terlibat gangguan bekalan air di Kamunting Ahad ini
Menurut notis yang dikeluarkan Lembaga Air Perak (LAP) Wilayah Barat, gangguan dijangka berlaku selama 12 jam, mulai jam 9 pagi hingga 9 malam.
Slim Memilih: Lapan bulan orang Asli Kampung Changkat Ramu minum air berkeladak, kotor
Lebih memeritkan, rata-rata terpaksa mengangkut air sejauh 100 meter dari telaga yang digali sendiri oleh penduduk untuk kegunaan harian.
Kualiti air Tasik Bukit Merah merosot, LRA Bagan Serai henti operasi
Sebanyak 19,000 akaun pengguna di beberapa kawasan sekitar Parit Buntar, Tanjung Piandang, Bagan Tiang dan Kuala Kurau akan mengalami gangguan bekalan air berikutan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Jala