IPOH: Pulau Pinang telah menyatakan hasrat untuk membeli air terawat daripada negeri Perak, bukannya air mentah seperti sebelum ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika mengesahkannya berkata, surat mengenai perkara itu telah diterima kira-kira dua bulan lalu.
Menurut, ia akan dipertimbangkan kerana ketika ini pun Lembaga Air Perak (LAP) telah menjual air terawat kepada pengguna di Nibong Tebal.
“Air terawat boleh…dirawat oleh Perak dan kita boleh jual di mana-mana.
“Yang tak boleh ialah air Sungai Perak diambil untuk dipindahkan kepada lain-lain, tak boleh buat.
“Jadi itu kedudukan sekarang dan saya percaya ia telah pun difahami dan diketahui oleh kerajaan Pulau Pinang,” katanya.
Beliau ditemui selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan di Stadium Indera Mulia, di sini, hari ini.
Menurutnya, kerajaan negeri Perak bersedia untuk berbincang dengan kerajaan Pulau Pinang mengenai perkara tersebut.
Rabu lepas, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, campur tangan bagi membolehkan rundingan dibuat supaya Pulau Pinang memperoleh bekalan air mentah dari Perak khususnya menerusi Sungai Perak.
Ketika berbahas pada sesi penerangan menteri berkenaan fenomena cuaca panas luar biasa yang melanda negara di Dewan Rakyat, Rayer menegaskan, satu sesi libat urus antara Kerajaan Persekutuan, Perak serta Pulau Pinang wajar dimulakan.
Disember lalu, Saarani menegaskan bahawa Perak tetap dengan pendirian tidak membekalkan air ke Pulau Pinang meskipun pembentukan kerajaan negeri sekarang adalah campuran antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Jelasnya, pendirian Perak bahawa Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak kepada kerajaan Pulau Pinang, muktamad tidak akan dilaksanakan, bukan disebabkan perbezaan parti yang menerajui kedua-dua negeri terbabit.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Jun 12 2023

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata surat mengenai perkara itu telah diterima kira-kira dua bulan lalu. - Fail/Bernama
Keselamatan: pastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan - Loke
Syarikat pengendali kenderaan perdagangan berpotensi digantung operasi oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sekiranya kenderaan milik mereka yang terlibat kemalangan gagal proses audit Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kemalangan maut: Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori treler 40 kaki dalam satu kemalangan di Lebuhraya Damansara menghala ke Puchong awal pagi, pada Selasa.
Letupan Sungai Golok: PGA perketat kawalan sempadan, halang suspek masuk Malaysia
Pasukan Gerakan Am (PGA) memperketat kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi menghalang suspek yang dikaitkan dengan insiden letupan bom di Sungai Golok, selatan Thailand daripada melarikan diri ke Malaysia.

ACLE: JDT anggap aksi menentang Buriram United seperti perlawanan akhir
Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menganggap pertemuan menentang kelab Thailand Buriram United pada aksi kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Elite (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim di sini seperti p
Nahas lampu isyarat: seorang lagi mangsa meninggal dunia
Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Persiaran Senawang 1 di Seremban pada Khamis lepas disahkan meninggal dunia malam Isnin.

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Kesepakatan rentas parti antara kerajaan negeri perlu diperkukuh untuk jamin bekalan air
Soal tarif juga perlu diberi perhatian kerana sektor air disifatkan sebagai tidak ekonomi di Malaysia, memandangkan ia berada pada kadar terlalu rendah.

Jepun selesai pusingan pertama pelepasan air radioaktif loji Fukushima
Pengendali loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi Jepun yang musnah pada Isnin berkata pusingan pertama pelepasan air terawat ke laut telah selesai.

Tiada peningkatan aras keradioaktifan di perairan negara dikesan - Atom Malaysia
Tiada peningkatan aras keradioaktifan di perairan negara dikesan ketika ini susulan pelepasan air terawat oleh kerajaan Jepun dari loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik

Tiada perselisihan dalaman babitkan laporan Fukushima - IAEA
Laporan itu dilihat sebagai "restu" untuk rancangan Jepun yang dijangkakan bermula pada Ogos.

Air terawat: Perak sedia bincang dengan Pulau Pinang - MB
Pulau Pinang telah menyatakan hasrat untuk membeli air terawat daripada negeri Perak, bukannya air mentah seperti sebelum ini.

Isu NRW perlu ditangani secara holistik, perbelanjaan modal besar - Nik Nazmi
Tahun lepas, SPAN melaporkan purata NRW negara adalah 37.2 peratus yang mengakibatkan pembaziran air terawat sebanyak 7.084 juta liter sehari.

KASA teliti permohonan RM1.7 bilion kerajaan Kelantan atasi masalah air
KASA akan memastikan masalah air di Kelantan menjadi antara keutamaan untuk diselesaikan.

Bekalan air Selangor pulih secara berperingkat mulai 2 petang ini
Kawasan-kawasan tersebut mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 9 malam semalam apabila kerja-kerja pembaikan dijalankan.

Model tadbir urus Wakaf Air dalam proses untuk dimuktamadkan - Tuan Ibrahim
Che Alias meminta kerajaan menyatakan secara terperinci rangka pelan dan rancangan kajian rintis pembangunan Wakaf Air di negara ini.

Politeknik Mersing cipta inkubator kesan pencemaran dalam sumber air terawat
Inisiatif itu tercetus apabila mendapati ahli mikrobiologi sering berdepan isu bagi menguji sampel air di kawasan punca air.