KUALA LUMPUR: Isu Kadar Air Tidak Berhasil (NRW) perlu ditangani secara holistik dan berterusan serta memerlukan perbelanjaan modal (CAPEX) yang besar, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata pada tahun lepas, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melaporkan purata NRW negara adalah 37.2 peratus yang mengakibatkan pembaziran air terawat sebanyak 7.084 juta liter sehari dengan jumlah kerugian dianggarkan sebanyak RM2 bilion setahun.
"Kita sedia maklum bahawa sektor bekalan air negara menghadapi pelbagai cabaran dan satu daripadanya adalah NRW yang tinggi. NRW merupakan air terawat yang tidak sampai kepada pengguna dan tidak dapat dibilkan kerana kebocoran paip dan meter tidak berfungsi dengan baik.
"Bagi membantu mengatasi cabaran kekangan kewangan dihadapi oleh operator air, kerajaan Persekutuan telah melaksanakan Program Pengurangan NRW Kebangsaan bermula daripada RMK11 (Rancangan Malaysia Ke-11) dan disambung di bawah RMK12 melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah hampir RM2 bilion," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan bayaran imbuhan balik kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bagi pencapaian di bawah Program Pengurangan NRW Kebangsaan Pendekatan 2 Bagi Pencapaian NRW Tahun 2021, di sini hari ini.
Melalui Pendekatan 2, kerajaan Persekutuan menyediakan peruntukan sebanyak RM1.371 bilion dalam bentuk geran sepadan bagi membantu operator air menangani masalah NRW dengan lebih berkesan dan mampan, melibatkan negeri dengan kadar NRW kurang daripada 40 peratus iaitu Melaka, Pulau Pinang, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Selangor.
Dalam ucapan itu, Nik Nazmi mengucapkan tahniah kepada barisan pengurusan dan seluruh warga Air Selangor kerana berjaya menurunkan NRW sebanyak 0.5 peratus kepada 28 peratus pada 2021 dan berjaya menuntut 50 peratus daripada perbelanjaan program NRW yang telah dikeluarkan bagi mencapai sasaran itu.
Menurutnya, ia adalah satu pencapaian amat baik namun bukan tugas mudah kerana ini bukan kali pertama Air Selangor berjaya mencapai sasaran ditetapkan dalam program itu malah telah dicapai tiga tahun berturut-turut bermula 2019.
"Dari segi kos, perbelanjaan bagi tempoh tiga tahun untuk program NRW ini oleh Air Selangor adalah melebihi RM558 juta. Ini juga bermakna, Air Selangor telah layak mendapat imbuhan balik berjumlah RM362.4 juta daripada kerajaan Persekutuan di bawah Program NRW Pendekatan 2 dalam tempoh tersebut," katanya.
Beliau berkata impak tahap NRW Selangor kepada purata NRW Malaysia amat besar iaitu jika Selangor berjaya menurunkan satu peratus kadar NRW, ia menyumbang kepada penurunan kira-kira 0.3 peratus purata NRW Malaysia.
"Ini kerana dari segi isipadu permintaan air, Selangor mempunyai kadar pengeluaran air tertinggi iaitu sekitar 5,000 juta liter sehari berbanding jumlah keseluruhan pengeluaran 15,100 juta liter sehari bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan," katanya.
Nik Nazmi pada masa sama turut mengucapkan tahniah kepada Ranhill SAJ yang juga berjaya mencapai sasaran pengurangan NRW ditetapkan untuk 2021 selepas mengurangkan kadar NRW sebanyak 1.6 peratus kepada 25.1 peratus dan berjaya menuntut imbuhan balik sebanyak RM142.3 juta, iaitu 75 peratus daripada perbelanjaan program NRW telah dikeluarkan.
"Saya juga berharap kejayaan Air Selangor dan Ranhill SAJ ini dapat menjadi perangsang dan motivasi kepada operator air lain untuk turut melaksanakan usaha sebaik mungkin bagi mencapai sasaran pengurangan kadar NRW yang telah ditetapkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 07 2023

Nik Nazmi berkata, pada tahun lepas, SPAN laporkan purata NRW negara adalah 37.2 peratus yang mengakibatkan pembaziran air terawat sebanyak 7.084 juta liter sehari. - Bernama
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Perlis rekod kadar air tidak berhasil tertinggi dalam negara
Perlis merekodkan kadar air tidak berhasil (NRW) tertinggi dalam negara iaitu kira-kira 62 peratus, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) Charles Santiago.

Sabah sasar penurunan kadar air tidak berhasil kepada 54 peratus hujung tahun ini
Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) menyasarkan penurunan kadar air tidak berhasil (NRW) kepada 54 peratus menjelang akhir tahun ini.

Isu NRW perlu ditangani secara holistik, perbelanjaan modal besar - Nik Nazmi
Tahun lepas, SPAN melaporkan purata NRW negara adalah 37.2 peratus yang mengakibatkan pembaziran air terawat sebanyak 7.084 juta liter sehari.

Air Selangor peruntuk RM293 juta turunkan kadar air tidak berhasil
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memperuntukkan RM293 juta tahun ini berbanding RM255 juta pada 2020 untuk mencapai penurunan kadar air tidak berhasil (NRW) pada tahun ini.