KOTA BHARU:Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sedang meneliti permohonan kerajaan Kelantan mendapatkan peruntukan RM1.7 bilion bagi mengatasi masalah air terawat di negeri berkenaan.
Menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kementerian itu akan memastikan masalah air di Kelantan menjadi antara keutamaan untuk diselesaikan.
"Kita sudah lihat perancangan strategik kerajaan negeri khususnya menerusi Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) yang melibatkan permohonan RM1.7 bilion untuk menyelesaikan masalah air... jadi kita akan teliti terlebih dahulu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Sumbangan Kit Kelengkapan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 Kedai Gunting di The Jangots Barbershop Cawangan 2 di sini semalam yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit Datuk Mumtaz Md Nawi.
Terdahulu, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menyampaikan sumbangan kit SOP COVID-19 Kedai Gunting kepada 30 pengusaha kedai gunting bagi Parlimen kawasan itu secara berperingkat.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata terdapat tiga isu utama dialami Kelantan yang menyebabkan berlaku masalah bekalan air terawat, antaranya pengurangan air tidak berhasil (NRW) agak tinggi, yang memerlukan penukaran paip.
"Selain itu, sumber bekalan air yang tidak mencukupi serta kekangan proses untuk membuat loji-loji baharu. Bagi penukaran paip, ia telah termasuk dalam perancangan dan sebahagiannya telah pun dilaksanakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 06 2021
Tuan Ibrahim (dua, kanan) ketika hadir pada majlis sumbangan kit kelengkapan SOP COVID-19 di The Jangots Barbershop Cawangan 2 semalam. Turut kelihatan, Mumtaz (kanan). - Facebook Tuan Ibrahim Tuan Man
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
[TERKINI] A.S mahu ambil alih Gaza, apa kesannya?
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran.
Kemalangan parkiran bertingkat hospital tiada unsur sabotaj
Insiden membabitkan kereta Honda WRV yang melanggar tembok penghalang di aras 3B parkiran pada 1.15 tengah hari itu berlaku akibat kecuaian.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4285/4480 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 semalam.
AWANI Pagi: Projek Singgah Kopi
Diskusi #AWANIpagi mengenai kerjasama MyFundAction dan INTEC Education College untuk membina usahawan belia melalui projek Singgah Kopi.
Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.
Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah - MetMalaysia
Kawasan yang dijangka terlibat ialah Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu dan Mukah.
[TERKINI] Konflik Gaza: A.S akan ambil alih gaza - Donald Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran.
Caruman 2% KWSP pekerja asing: Apa impak industri peruncitan?
Sejauh mana caruman 2 peratus KWSP kepada pekerja asing memberi impak kepada industri peruncitan? Harga barang akan naik lagi lepas ini? Kupasan bersama Penasihat Gabungan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) & Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd Datuk Ameer Ali Mydin.
Vendor berdepan cabaran kekurangan bekalan kelapa, kenaikan harga menjelang Thaipusam
Kelapa diperlukan untuk dua kegunaan dalam upacara perayaan Thaipusam, iaitu mengambil isinya dan memecahkan kelapa.
24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 Mac bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Rafizi Ramli secara mediasi.
Isu siapa calon PM PN tidak perlu dipolemik - Tuan Ibrahim
Isu siapa bakal mengetuai Perikatan Nasional (PN) dan calon Perdana Menteri tidak perlu dijadikan polemik.
GISB: Tidak boleh semberono ambil tindakan - Zulkifli
Senator Zulkifli Hasan berkata, kes terbabit melibatkan banyak pihak dan perlu mengikut garis panduan ditetapkan setiap pihak berkuasa.
Tunggu PN ambil alih untuk lihat bajet kami - Tuan Ibrahim
Beliau berkata, pihak yang ingin melihat bajet alternatif perlu menunggu sehingga Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan.
Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution
Tuan Ibrahim berkata, sepanjang Muktamar Pas berlangsung, tiada satu nama disebut dan diserang oleh Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.
Pas mahu tawan Pahang, beri fokus sokongan bukan Islam
Keputusan pucuk pimpinan memilih Pahang adalah isyarat serius Pas mahu mengiringi pentadbiran Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Isu rakyat Palestin dijangka jadi inti pati utama Muktamar Pas ke-70
Nasib umat Islam di Palestin antara isu utama yang dijangka dibawa dalam Muktamar Pas ke-70 yang akan berlangsung di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Temerloh pada 11 hingga 15 Sept ini.
Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.
PRK Sungai Bakap: Calon PN diumum 16 Jun ini - Tuan Ibrahim
Calon mewakili Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap akan diumumkan pada 16 Jun ini.