IPOH: Kadar baharu tarif air di Perak akan diumumkan selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri pada 6 Mac hadapan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Lembaga Air Perak (LAP) telah membuat kertas mesyuarat mengenai perkara itu dan akan dibincangkan terlebih dahulu di dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Air Perak (LAP) yang dijadualkan 1 Mac depan.
“Selepas Lembaga Pengarah buat keputusan, kita kena bawa ke Mesyuarat Exco, selepas itu baru kita akan umum berapa dia punya kadar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus pemantapan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Dewan Banquet Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Ahli Lembaga Pengarah LAP perlu mendengar taklimat daripada pengurusan tentang mengenai rasional bagi kenaikan kadar tarif itu.
“Dia kena ada rasional tertentu dan nak lihat dari segi perniagaan, sama ada ia menguntungkan ataupun ia merugikan sama ada, membeban kepada pengguna ataupun tidak, kita akan bahas dalam mesyuarat Lembaga Pengarah,” ujarnya.
Bagaimanapun, Saarani membayangkan akan ada peningkatan kadar tarif kerana kenaikan terakhir adalah pada 2006.
“Bermakna kalau kita tak ambil peluang ini, kita kena tunggu pula, bila pula akan diberi kelulusan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
“Sebab dia bukan bagi tiap-tiap tahun, jadi kita akan ambil kesempatan itu sebab kita diberi peluang untuk menaikkannya ada, tetapi saya pasti ia tidaklah membebankan,” jelasnya.
Pada 17 Januari lalu, SPAN mengumumkan pelarasan kadar tarif air di bawah Mekanisme Penetapan Tarif bagi pengguna kategori domestik di seluruh Semenanjung dan Labuan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan SPAN, pelarasan tarif air domestik itu melibatkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.
Pelaksanaan pelarasan tarif air ini adalah berdasarkan keperluan dan permintaan kerajaan negeri,
namun, kerajaan Persekutuan melalui SPAN akan memantau secara dekat bagi memastikan
penambahbaikan perkhidmatan air dilaksanakan selaras dengan kenaikan tarif berkenaan.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Feb 01 2024

Saarani membayangkan akan ada peningkatan kadar tarif kerana kenaikan terakhir adalah pada 2006. - Gambar fail/Bernama

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

Kadar baharu tarif air Perak diumum Mac depan - MB
Kadar baharu tarif air di Perak akan diumumkan selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri pada 6 Mac hadapan.