Pakatan Harapan (PH) Kelantan meminta kerajaan Pusat tidak meminggirkan negeri itu dalam pembentangan bajet di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang sedang dirangka sekarang.
Pengerusinya, Datuk Husam Musa berkata walaupun Kelantan di bawah pembangkang adalah wajar kerajaan Pusat memberi perhatian yang sama rata dengan negeri-negeri lain.
"Rakyat Kelantan tidak wajar didiskriminasikan (akibat perbezaan politik) malah keperluan mereka mesti dipenuhi," katanya pada sidang media sempena Retreat Pimpinan PH Negeri Kelantan di Pusat Latihan Kenaf dan Tembakau di sini, pada Ahad.
Lebih 100 pemimpin di peringkat kawasan dan negeri menyertai perjumpaan itu yang turut dihadiri Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor.
Husam berkata beberapa rancangan akan dikemukakan kepada kerajaan Pusat bagi merangsang ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat walaupun berdepan dengan ekonomi negara yang berkembang secara perlahan akibat masalah kelembapan ekonomi serantau.
Katanya, ini termasuk mencadangkan pemberian lesen secara halal kepada rakyat yang tinggal di kawasan sempadan Malaysia-Thailand untuk mengimport barangan keperluan harian seperti beras dan ayam dari negeri itu.
Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) berkata langkah itu akan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tanpa kekangan dengan undang-undang penyeludupan di samping menjana ekonomi negara.
Katanya, selain itu kerajaan Pusat perlu segera menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa bertaraf antarabangsa untuk membolehkan penerbangan terus dari negara serantau terutama dari China ke Kelantan.
"Langkah itu akan merancakkan industri pelancongan di Kelantan dan secara tidak langsung akan menjana pendapatan rakyat," katanya.
Husam berkata, di samping itu PH juga menyokong keputusan kerajaan Pusat menyambung semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana projek berkenaan dapat menyemarakkan lagi industri itu di Kelantan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 18 2019
Husam berkata walaupun Kelantan di bawah pembangkang adalah wajar kerajaan Pusat memberi perhatian yang sama rata dengan negeri-negeri lain. -Astro AWANI
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
PH minta Kelantan diberi perhatian di bawah RMK12
Pakatan Harapan (PH) Kelantan meminta kerajaan Pusat tidak meminggirkan negeri itu dalam pembentangan bajet di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang sedang dirangka sekarang.
Husam: Saya nak tengok Hadi jadi PM
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menegaskan setiap ahli parti itu perlu bercita-cita memastikan Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjadi Perdana Menteri satu hari nanti.
PAS bimbang parti akan lemah sekiranya PR menang PRU14
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mengakui bahawa wujud kebimbangan diantara ahli PAS mengenai kedudukan parti itu sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya mentadbir negara.
Penyokong Husam Musa tuntut penjelasan
Sekumpulan penyokong Datuk Husam Musa mendesak kerajaan negeri menjelaskan kenapa beliau tidak disenarai dalam barisan exco negeri itu.