Sekumpulan besar penyokong Bekas Exco Kanan kerajaan Pas Kelantan yang juga Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa telah berkumpul di luar bangunan sekretariat negeri untuk membantah terhadap penguguran Husam dari barisan ahli jawatankuasa eksekutif negeri.

Hampir seratus penyokong Husam mendesak kerajaan negeri menjelaskan kenapa beliau tidak disenarai dalam barisan exco negeri itu.

Timbalan Pengarah 2, Pas Dun Salor, Mohd Nuri Mohd Yaakob mahu penjelasan pengguguran Husam kerana ia mencetuskan banyak persoalan terutama kepada rakyat di negeri itu.

Mereka berpendapat, tindakan kerajaan negeri Kelantan tidak menyenaraikan Husam sangat mengejutkan.

Klik video untuk laporan lanjut Astro Awani.