KLUANG:Batalion Kelima Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, merampas pelbagai jenis mercun, rokok dan arak bernilai RM733,434 dalam dua serbuan berasingan, di sini, semalam.
Pegawai Pemerintahnya Supt Dimin Awang berkata serbuan dilakukan di Jalan Nipah dan Jalan Ara, Kampung Dato' A Rahman Yassin, Kluang kira-kira pukul 4.50 petang dan serbuan seterusnya dilaksanakan sejam kemudian.
Katanya, turut ditahan dalam serbuan itu, dua lelaki tempatan berusia 35 dan 49 tahun selain rampasan wang tunai bernilai RM5,000 dan sebuah kereta Perodua Alza.
Sebanyak 547 kotak mercun, 556 karton rokok dan 81 karton arak yang disita dipercayai dibawa masuk dari negara jiran.
"Daripada siasatan awal, mercun terbabit adalah untuk pasaran sekitar Kluang dan juga Johor Bahru sempena sambutan Tahun Baharu Cina," katanya dalam sidang media di Simpang Renggam, di sini, hari ini.
Dimin berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.
Katanya, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan lanjut, manakala kedua-dua suspek didapati tiada rekod jenayah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 03 2021

Supt Dimin Awang (kiri) hari ini menunjukkan pelbagai jenis mercun yang dirampas oleh pasukannya bernilai di dua lokasi berasingan di Kluang semalam. - Foto BERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Lima lelaki tempatan berumur 26 hingga 43 tahun yang dipercayai menjadi penghantar kelapa itu ke negara jiran, turut ditahan.

PGA tahan lelaki bawa ganja lebih 16 kg di pangkalan haram
PGA Briged Tenggara menahan seorang lelaki berusia 23 tahun dan merampas 16.17 kg dadah jenis ganja dianggarkan bernilai lebih RM50,000, di pangkalan haram Hassan Merah dekat Rantau Panjang.

PGA tumpas cubaan seludup tanaman hiasan lebih RM4 juta di Pasir Mas
Pasukan PGA Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup tanaman hiasan dengan anggaran rampasan bernilai RM4.3 juta.

PGA tahan remaja lelaki disyaki seludup petrol
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki menyeludup petrol di pangkalan haram Gergaji di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Guna jalan tidak diwartakan 11 pendatang tanpa izin ditahan
Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan seorang tekong darat dan 10 pendatang tanpa izin kerana menggunakan jalan tidak diwartakan untuk keluar dan masuk ke negara ini.

PGA tumpaskan cubaan seludup 20 tan pakaian terpakai ke Thailand
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 100 bungkus pakaian terpakai seberat 20 tan dianggar bernilai RM1 juta yang cuba diseludup ke Thailand.

PGA tumpaskan kegiatan seludup haiwan bernilai lebih RM500,000
PGA Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan pelbagai jenis haiwan iaitu lembu, kerbau dan kambing dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM506,000 di Masjid Mukim Bakong.

PGA rampas produk kosmetik dianggar RM90,000 disyaki cuba diseludup
Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai produk kosmetik yang dianggarkan bernilai RM92,600 dalam Op Taring Wawasan Kelantan di Tumpat semalam.

Tiga ditangkap guna pangkalan haram seberang Sungai Golok
Tindakan tiga lelaki tersebut telah melanggar arahan keluar masuk Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram.

PGA rampas 10 kambing dimuat dalam guni cuba diseludup masuk dari negara jiran
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10 ekor kambing bernilai kira-kira RM10,000 cuba diseludup masuk dari negara jiran.