Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata produk kosmetik berkenaan ditemukan oleh anggota Batalion 8 ketika melakukan rondaan di pangkalan haram Dot di Pengkalan Kubor pada pukul 11.15 pagi.
Beliau berkata anggota yang bertugas ternampak beberapa kotak ditinggalkan di tepi Sungai Golok dan pemeriksaan mendapati kotak-kotak itu mengandungi pelbagai produk kosmetik.
"Semua produk itu dipercayai diseludup dari Thailand untuk pasaran tempatan tanpa dokumen sah dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 7(1)(E) Peraturan-Peraturan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nik Ros Azhan berkata hasil rampasan telah dibawa ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA