Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, fungsi TAPS amat penting terutamanya ketika musim kemarau atau berlakunya pencemaran di sungai.
Menurutnya, sekiranya berlaku perkara sebegitu, takungan air tersebut akan dilepaskan ke sungai atau Loji Rawatan Air (LRA) bagi memastikan bekalan air dapat terus disalurkan kepada rakyat.
Selain itu, katanya, TAPS juga bertindak sebagai kawalan banjir ketika musim tengkujuh untuk menakung lebihan aliran air banjir.
“Usaha untuk memanfaatkan air banjir atau lebihan air hujan hanya boleh dilaksanakan dengan menggunakan kaedah penyelesaian secara struktur seperti pembinaan empangan, struktur pembendung air (weir) atau kolam takungan seperti hybrid of river augmentation (HORAS).
“Itu yang sedang dilaksanakan di Sungai Klang dan Sungai Melaka,” katanya.
Dalam pada itu, Fadillah memaklumkan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) juga sedang membangunkan Sistem Pengurusan Imbangan Air Negara (NAWABS) di 19 lembangan sungai.
Tambahnya, program itu memastikan fungsi sungai sebagai sumber air dikekalkan termasuklah tindakan mitigasi dan persediaan awal oleh pelbagai agensi.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Khamis bagi menjawab soalan dibangkitkan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN - Rantau Panjang) berkenaan isu tersebut.