Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, yang bakal menyandang jawatan baharu, berharap penggantinya akan meneruskan perintah berkurung waktu malam yang dilaksanakannya di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).
Beliau berkata perintah berkurung itu adalah langkah penting bagi menjamin keselamatan di ESSZone.
"Saya berpendapat, sekiranya kami tidak meneruskannya (perintah berkurung waktu malam), agensi di bawah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) akan menghadapi kesukaran dalam menjalankan tugas penguatkuasaan kami," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan Kontinjen Polis Sabah di sini, hari ini.
Jalaluddin berkata perintah berkurung itu juga memberi manfaat kepada nelayan tempatan kerana ia membolehkan mereka menjalankan aktiviti penangkapan ikan di bawah pengawasan pasukan keselamatan.
"Sebab itulah kami mengeluarkan permit (kepada nelayan dalam tempoh perintah berkurung itu dikuatkuasakan). Apabila mereka keluar menangkap ikan, kami memantau dan mereka pula bertindak sebagai mata dan teliga kami.
"Oleh itu, saya berharap perintah berkurung ini akan diteruskan," katanya.
Jalaluddin melaksanakan perintah berkurung itu selama dua minggu bermula 19 Julai tahun lepas. Perintah itu kemudian dilanjutkan sebanyak 33 kali.
Mulai Khamis ini, Jalaluddin menjalankan tugas baharunya sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard di Bukit Aman.
Pada 4 Januari, beliau akan menyerahkan jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah kepada Komander ESSCom Datuk Abd Rashid Harun.
Mengenai kegiatan menculik bagi mendapatkan wang tebusan di pantai timur Sabah, Jalaluddin mengingatkan pasukan keselamatan supaya tidak berpuas hati dengan tahap tugas yang mereka laksanakan sekarang.
"Penculik sentiasa mengintai peluang. Mereka mengukur kekuatan kita. Sekiranya kita kurangkan kekuatan atau cuai, sudah tentu mereka akan datang (untuk menculik)," katanya.
Bernama
Tue Dec 29 2015

JALALUDDIN: Saya berharap perintah berkurung ini akan diteruskan.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Hampir separuh rakyat Denmark dalam tinjauan anggap Amerika Syarikat sebagai ancaman
Penentangan umum terhadap usaha Donald Trump menguasai Greenland kekal tinggi, dengan 78 peratus rakyat Denmark menolak idea menjual pulau itu.

FBI siasat ancaman bom terhadap calon Kabinet Trump
FBI menyedari banyak ancaman bom dan insiden 'swatting' yang menyasarkan calon dan pelantikan pentadbiran baharu.

Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.

Ancaman buaya, Melaka pastikan keselamatan penduduk lembangan Sungai Malim
Perhilitan Melaka terus diharapkan supaya dapat memasang perangkap di sungai tersebut bagi menangkap haiwan liar berkenaan.

Negara Barat tidak boleh paksa Iran ikut kehendak mereka dengan kenakan sekatan - Menteri Luar
Tehran bersedia untuk terlibat dalam dialog yang saling menghormati, bukannya ancaman dan tekanan.

Perpaduan global penting atasi ancaman tidak kelihatan - PM Korea Selatan
Ancaman tidak kelihatan tidak boleh ditangani semata-mata melalui pertahanan negara, menurut PM Korea Selatan Han Duck Soo.

20 tahun di balik tirai besi, bekas banduan Al-Maunah kesal terperdaya ajakan rakan
Abe Li terperdaya disebabkan terlalu percaya kata-kata rakannya bahawa ajaran itu hanya melibatkan ilmu perubatan dan persilatan.

Polis siasat ancaman di laman web Kedutaan Jerman
Hampir 100 mesej disiarkan di laman web itu sejak Selasa, termasuk ancaman memasang bahan letupan di kedutaan atau meletupkan kemudahan utama.

Tiada risiko terhadap Adele selepas ancaman serangan kepada Taylor Swift - Polis Jerman
"Kami sentiasa mengkaji semula dan jika ada apa-apa yang konkrit muncul, kami pasti akan bertindak balas."

Usaha kenal pasti tekanan dihadapi terumbu karang diperhebat
DOF akan terus menjalankan pemantauan berterusan terhadap terumbu karang serta kualiti air bagi memelihara perairan lautan negara.