Pesawat Malaysia Airlines MH1 yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari London awal pagi ini terpaksa berpatah balik, lapor Flight Alerts melalui Twitter.

Pesawat yang berlepas jam 8.36 malam waktu tempatan itu berada di ruang udara Belgium sebelum ia dilapor melakukan pembuangan minyak dan kembali ke Lapangan Terbang Heathrow.



Laporan awal menyebut bahawa punca pesawat A380 itu berpatah balik adalah dipercayai disebabkan oleh ketiadaan air di dalam tandas.


Namun punca sebenar belum dapat dipastikan.

Tiada masalah lain dilaporkan dan pesawat tersebut selamat mendarat.

Syarikat penerbangan tersebut kepada Bernama mengesahkan penerbangan tersebut dijangka tiba ke Kuala Lumpur sekitar jam 1.25 tengah hari esok (Ahad).