Pilihan Raya Kecil (PRK) P.078 Cameron Highlands yang akan diadakan pada 26 Januari ini bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), calon Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas.
Pegawai Pengurus PRK P.078 Datuk Ishak Md Napis berkata beliau telah menerima kertas penamaan daripada empat calon dan tiada borang pencalonan yang ditolak.
"Mereka yang telah mengemukakan kertas-kertas penamaan adalah seperti berikut: Salehuddin Ab Talib (Bebas) pada jam 9.07 pagi, M Manogaran (PH) pada 9.10 pagi, Ramli Mohd Nor (BN) pada 9.11 pagi dan Wong Seng Yee (Bebas) pada 9.15 pagi.
"Saya telah semak kertas-kertas penamaan dan selepas selesai disemak, saya berpuas hati. Tiada calon yang ditolak kertas penamaannya," katanya pada sidang media di pusat penamaan calon PRK P.078 di SMK Tanah Rata hari ini.
Manogaran adalah Timbalan Pengerusi DAP Pahang, manakala Ramli merupakan anak tempatan dan berketurunan Orang Asli.
Sementara itu, Wong, 40 tahun, seorang peladang, juga anak tempatan, dan Sallehudin, 61 tahun, seorang bekas pensyarah.
Sebelum ini, presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas menyatakan hasrat untuk bertanding di Parlimen Cameron Highlands, namun awal hari ini beliau mengumumkan menarik diri.
Katanya, beliau dan MyPPP akan memberi sokongan penuh buat calon PH sepanjang tempoh kempen berlangsung hingga 25 Januari ini.
Hari pengundian awal ditetapkan pada 22 Januari yang akan melibatkan 247 pengundi awal daripada jumlah keseluruhan pengundi iaitu 32,009.
PRK Cameron Highlands diadakan semula selepas penyandangnya Datuk C Sivarraajh hilang kelayakan bertanding atas tuduhan rasuah.
Sivarraajh memenangi kerusi Parlimen berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu yang membabitkan saingan lima penjuru dengan majoriti 597 undi.
Sivarraajh memperoleh 10,307 undi menewaskan Manogaran (9,710 undi); Wan Mahadir Wan Mahmud dari Pas (3,587 undi); Mohd Tahir Kassim dari Berjasa (81 undi) dan B Suresh Kumar dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) (680 undi).
Manogaran, 59 tahun, memfailkan petisyen pilihan raya pada 4 Jun lalu, memohon pengisytiharan keputusan PRU-14 untuk kerusi Parlimen itu terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Arfa Yunus, Isabelle Leong
Sat Jan 12 2019
PRK Cameron Highlands menyaksikan pertandingan empat penjuru antara (dari kiri) Sallehudin, Wong, Ramli dan Manogaran. Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
Kumpulan The Hague keluarkan kenyataan bersama sulung mengenai Palestin
Negara-negara peserta komited tegakkan undang-undang antarabangsa dan memastikan kebertanggungjawapan terhadap jenayah yang didakwa berlaku di Palestin.
Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.