PUTRAJAYA: Permohonan pembatalan sekatan perjalanan boleh dibuat secara dalam talian bermula 4 Mac menerusi perkhidmatan e-Sekatan Perjalanan, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
e-Sekatan Perjalanan boleh diakses melalui Portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my/ atau melalui portal rasmi HASiL https://www.hasil.gov.my/ > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Sekatan Perjalanan.
LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan bagi pembatalan sekatan perjalanan hanya dibenarkan kepada pemohon yang memenuhi semua kriteria iaitu sekatan perjalanan melibatkan individu warganegara Malaysia.
Kriteria lain termasuk sekatan perjalanan yang dikenakan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967; selain sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas pengarah syarikat dan membuat bayaran penuh amaun tunggakan cukai.
Menurut kenyataan itu bagi tujuan bayaran penuh amaun tunggakan cukai, pemohon digalakkan menggunakan perkhidmatan ByrHASiL https://byrhasil.hasil.gov.my/HITS_EP/ atau menerusi perbankan internet bank terpilih dengan menggunakan Nombor Bil sekatan perjalanan.
LHDN memaklumkan permohonan yang layak akan diproses dalam tempoh lima hari dan status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel atau notifikasi peti mel MyTax pembayar cukai.
Permohonan pembatalan sekatan perjalanan juga boleh dilakukan dengan prosedur dan saluran sedia ada iaitu dengan menghubungi pejabat HASiL berhampiran atau HASiL Care Centre di talian 03-8911 1000.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024

LHDN memaklumkan permohonan yang layak akan diproses dalam tempoh lima hari dan status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel atau notifikasi peti mel MyTax pembayar cukai.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

LHDN sekat perjalanan lebih 200,000 individu, pengarah syarikat
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah melaksanakan sekatan perjalanan ke atas 203,123 individu dan syarikat setakat 30 November lepas.

Permohonan batal sekatan melalui e-Sekatan Perjalanan bermula 4 Mac - LHDN
Permohonan pembatalan sekatan perjalanan boleh dibuat secara dalam talian bermula 4 Mac menerusi perkhidmatan e-Sekatan Perjalanan, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

LHDN sekat perjalanan lebih 180,000 individu akibat tunggakan cukai - MoF
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengambil tindakan sekatan perjalanan ke atas 182,666 individu sejak undang-undang mengenainya dikuatkuasakan sehingga 29 Februari 2024.

Pakistan kenakan larangan perjalanan ke atas Imran Khan
Kerajaan Pakistan menyekat bekas perdana menteri Imran Khan, isterinya dan ratusan pembantu politik daripada membuat perjalanan ke luar negara, kata pegawai pada Jumaat.

IATA gesa kerajaan ikut saranan pakar mengenai sekatan perjalanan
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa kerajaan untuk mendengar saranan pakar termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya tidak melaksanakan sekatan perjalanan.

Tiada jemaah haji disekat perjalanan ke Mekah - Imigresen
Semua jemaah haji mempunyai rekod bersih tanpa sebarang halangan sama ada dengan LHDN, Kastam atau PDRM.

Rakyat Malaysia terkandas di Thailand berdepan denda, disenarai hitam
Pemilik dokumen perjalanan berdepan denda sehingga RM2,500 dan tindakan disenarai hitam selama 3 tahun oleh undang-undang Thailand.

UK tarik balik semua sekatan perjalanan COVID-19
Pelancong yang tiba di United Kingdom (UK) tidak perlu lagi mengisi borang lokasi keberadaan meskipun tidak menerima suntikan vaksin berikutan pemansuhan sekatan perjalanan COVID-19 pada Jumaat.

UK: Semua sekatan perjalanan COVID-19 akan tamat hujung minggu ini
Perubahan itu mungkin disebabkan kempen vaksinasi COVID-19 dan akan memberi lebih banyak kebebasan sempena sambutan Easter.

Ada restoran mamak terpaksa gulung tikar kerana tidak cukup pekerja - Presma
Walaupun perniagaan bagus dan semakin pulih, ada restoran yang gulung tikar kerana kurang kakitangan untuk menjalankan operasi harian.