PASIR MAS: Permintaan terhadap bekalan beras putih tempatan meningkat hampir 50 peratus di Kelantan susulan kenaikan harga beras import sejak minggu lepas.
Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kelantan Datuk Aimi Jusoh berkata lonjakan permintaan itu juga didorong aktiviti pembelian panik selain kualiti beras tempatan yang lebih baik dan bebas kimia.
"Dalam tempoh 20 tahun sebelum ini, permintaan beras tempatan konsisten pada paras sama setiap tahun, namun lonjakan permintaan berlaku hampir 50 peratus sejak beras import mengalami kenaikan harga.
"Sebelum ini, masyarakat Kelantan lebih menggemari beras import dari Thailand kerana ia mudah didapati selain hanya terletak berdekatan di sempadan Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas Isu Beras Putih Tempatan dan Pelancaran Jualan Beras Putih Tempatan Secara Besar-Besaran di PPK Kangkong, di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Kawal Selia Padi Beras Kelantan Mohamed Fadhli Abdul Azid.
Aimi yang juga Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Kangkong berkata beras putih tempatan yang dikeluarkan itu juga dijual pada harga yang jauh lebih murah iaitu di bawah paras harga kawalan kerajaan iaitu RM13 bagi kampit beras lima kilogram (kg) manakala RM25.50 untuk 10kg.
"Terdapat 34 buah PPK di seluruh Kelantan dengan keseluruhan 2,400 hektar keluasan tanah sawah mampu membekalkan sejumlah 90,000 tan metrik padi semusim. Jadi, kita yakin permintaan itu dapat dipenuhi tanpa sebarang masalah," katanya.
Sementara itu, Mohamed Fadhli berkata bekalan beras putih tempatan juga diyakini mencukupi bagi menampung keperluan sepanjang musim tengkujuh kerana tanaman musim kedua padi bagi 2023 bakal dituai hujung bulan ini.
"Lima syarikat pembekal dan pengedaran beras putih tempatan juga telah dilantik termasuk PPK Kangkong bagi memastikan bekalan mencukupi dengan penyediaan 200 metrik tan beras sebulan, sekali gus menyelesaikan isu kekurangan sumber kabohidrat itu di negeri ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023

Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Kelantan Datuk Aimi Jusoh (dua, kiri) meninjau bekalan beras putih tempatan sempena majlis pelancaran beras tempatan di Kedai Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kangkong hari ini.- Foto Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Harga lantai padi diselaras RM1,500 satu tan berkuat kuasa Ahad ini - Mohamad Sabu
Kerajaan bersetuju menaikkan harga lantai padi kepada RM1,500 satu tan berbanding RM1,300 satu tan sebelum ini, berkuatkuasa Ahad ini.

KPKM usaha pastikan bekalan beras sentiasa ada di pasaran
Mohamad berkata ketika ini bekalan beras putih tempatan adalah sebanyak 56 peratus, dan dijangka mencukupi.

KPKM pertimbang cadangan penetapan harga lantai belian padi RM1,500 per tan metrik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan membincangkan cadangan menetapkan harga lantai belian padi pada RM1,500 per tan metrik.

KPKM akui ada premis tidak dapat bekalan beras putih tempatan
KPKM kini giat melaksanakan rombakan strategi melalui pelaksanaan reformasi industri padi dan beras.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 9 Oktober 2024.

Kerajaan rombak strategi tangani isu kekurangan beras putih tempatan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan perkenal empat strategi bagi menyelesaikan isu kekurangan beras putih tempatan.

Cadangan naik harga siling beras putih tempatan dimuktamad sebelum Oktober - Mohamad Sabu
Cadangan kenaikan harga siling beras putih tempatan (BPT) dijangka dimuktamad sebelum Oktober tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Cadangan kenaikan harga siling BPT masih dibincangkan - Mohamad Sabu
Perbincangan berhubung cadangan harga siling beras putih tempatan (BPT) dinaikkan sedang berjalan.

LPP akan mohon kuota tambahan beras putih tempatan
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memohon kuota tambahan beras putih tempatan (BPT) sekiranya jumlah yang diperuntukkan tidak mencukupi.

Keterjaminan makanan: Perak sedia usaha 11,000 tanah terbiar
Kerajaan negeri Perak akan memulakan projek tanaman padi di kawasan tanah terbiar di Kampung Kandang Hulu, Mukim Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar.