Perkhidmatan LRT laluan Ampang akan digantung sementara selama tiga hari pada Julai depan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf dan proses penghijrahan sistem semboyan tren.
Tarikh penutupan ialah pada 7, 8 dan 16 Julai depan.
“Penggantungan sementara perkhidmatan ini perlu bagi membolehkan proses naik taraf dan penghijrahan sistem semboyan sedia ada kepada sistem Communication-Based Train Control (CBTC) atau sistem kawalan tren berasaskan komunikasi yang terbukti lebih efisen dan lebih selamat.
“Kami memutuskan untuk memilih tarikh 7 dan 8 Julai yang dijangka merupakan hari kedua dan ketiga sambutan Aidilfitri serta disusuli pada 16 Julai 2016 bagi mengurangkan kesan dan kesulitan kepada pengguna,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Ahmad Nizam Mohamed Amin.
Sepanjang tempoh penggantungan, perkhidmatan bas pengantara percuma akan disediakan antara jam 6 pagi dan 12 tengah malam untuk membawa penumpang sepanjang stesen LRT Laluan Ampang dan Laluan Sri Petaling ke hab bas Rapid KL Pasar Seni.
Maklumat terperinci mengenai bas pengantara akan dimaklumkan kelak.
Bermula 17 Julai 2016, pengguna boleh menikmati perjalanan secara terus dan lancar antara Stesen Putra Heights dan Sentul Timur dengan tren baru enam gerabak AMY yang telah ditauliah untuk menggantikan tren LRT sedia ada yang kini hampir mencecah usia 20 tahun.
“Pengguna yang ingin ke pusat bandar Kuala Lumpur dari Putra Heights tidak perlu lagi menukar tren di stesen LRT Sri Petaling setelah kerja-kerja menaik taraf dan penghijrahan sistem semboyan dapat dilaksanakan kelak.
“Pengguna juga akan dapat menikmati kelesaan perjalanan antara Putra Heights dan Sentul Timur dengan menaiki tren baru AMY”. Katanya.
“Walau bagaimanapun, sementara menunggu proses penggantian tren baru selesai pada Disember 2016, tren akan berpatah balik di stesen Bandar Tasik Selatan secara berselang seli ketika waktu puncak pagi dan petang antara 7 pagi hingga 9 pagi dan 5 petang hingga 7 petang bagi menampung pemintaan yang tinggi pada waktu puncak,” menurut Ahmad Nizam.
Dengan siapnya kerja menaik taraf dan migrasi sistem semboyan ini kelak, Rapid Rail akan memperkenalkan mod operasi baru iaitu LRT Laluan Sri Petaling yang akan dikhususkan untuk perkhidmatan LRT antara Putra Heights dan Sentul Timur manakala LRT Laluan Ampang dikhususkan hanya bagi perkhidmatan LRT antara Ampang dan Chan Sow Lin.
“Pengguna dari Ampang yang ingin menuju ke Sentul Timur atau Putra Heights perlu menukar dan mengambil tren Laluan Sri Petaling di stesen Chan Sow Lin bermula pada 17 Julai.
.
“Papan tanda informasi akan dipasang serta pengumuman juga akan turut dibuat. Pengguna yang ingin ke Putra Heights dari Chan Sow Lin akan menaiki tren dari Platform 1, manakala bagi destinasi ke pusat bandar pula pengguna perlu menaiki tren dari Platform 2A dan 2B.
Najib Aroff
Fri Jun 17 2016
Pemilihan tarikh 7 dan 8 Julai yang dijangka merupakan hari kedua dan ketiga sambutan Aidilfitri serta disusuli pada 16 Julai 2016 bagi mengurangkan kesan dan kesulitan kepada pengguna. - Gambar fail
Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.
Saya satu-satunya yang anda ada, yang lain setakat bercakap - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menjawab mengenai dirinya yang dikaitkan dengan sebuah 'page' bola sepak yang mendakwa seorang pemain berpangkalan di Eropah mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.
Laporan DNA Cikgu Istiqomah siap, diserah kepada pendakwaan
Laporan bedah siasat dan dna guru sekolah, Istiqomah Ahmad Rozi sudah disiapkan dan diserah kepada pihak pendakwaan.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
'Saya kehilangan adik lelaki saya hari ini' - Fauziah Ahmad Daud
Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita sedih mengenai pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud akibat masalah batu karang dalam hempedu.
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Kemalangan jalan raya itu melibatkan dua kenderaan jenis Toyota Corolla Altis dan Cam Placer-X.
Mogok pekerja Starbucks merebak ke beberapa bandar di Amerika Syarikat
Pekerja Starbucks di Amerika Syarikat meluaskan mogok mereka ke Boston, Dallas dan Portland di tengah-tengah pertikaian buruh yang memuncak.
Aplikasi Files by Google terima integrasi Gemini untuk rumus fail PDF
Ciri ini memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan dokumen PDF tanpa perlu memuat naik fail ke dalam aplikasi Gemini.
Institusi perubatan awam makin parah - Gerakan
Parti Gerakan menyifatkan institusi perubatan awam dalam negara menghadapi gelombang besar dan parah.
Hospital kerajaan terbeban jika M40 batal polisi insurans - Sim Tze Tzin
Hospital kerajaan akan menjadi terlalu padat akibat pertambahan pesakit daripada golongan M40 yang tidak lagi mampu membayar polisi insurans.
Gangguan seksual di UA perlu bukti, fakta diperoleh melalui kaedah tepat
Sebarang dakwaan berhubung gangguan seksual hendaklah berasaskan kepada bukti dan fakta yang diperoleh melalui kaedah tepat dan boleh dipercayai.
KBS kecam insiden pergaduhan penyokong bola sepak di stesen LRT
Katanya menang atau kalah adat pertandingan, namun tidak bermakna boleh bertindak sewenangnya hingga merosakkan aset kerajaan dan harta benda awam.
Pergaduhan di stesen LRT: Belum ada tangkapan penyokong bola sepak terlibat rusuhan - Polis
Kes disiasat di bawah Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta mendatangkan kecederaan dan kesalahan khianat ke atas harta benda.
Prasarana buat laporan polis kes pergaduhan penyokong di stesen LRT
Dalam kenyataan hari ini, Prasarana memaklumkan bahawa laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Sungai Besi.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya pulih sepenuhnya
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di antara Stesen Wangsa Maju dan Stesen Gombak, kembali beroperasi sepenuhnya pada pukul 3.30 petang hari ini.
Final Piala FA: Operasi stesen LRT dilanjutkan - Rapid Rail
Lanjutan waktu operasi itu susulan Perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
LRT Ampang-Sri Petaling tergendala akibat kebakaran di landasan
Kejadian pada jam 9.58 pagi itu telah menyebabkan perkhidmatan LRT mengalami kelewatan.
Himpunan pembebasan Palestin: Orang ramai digalakkan guna LRT
Rapid KL turut menyarankan penggunaan kad Touch 'n Go untuk perjalanan yang lebih lancar.
Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung esok.
Kerajaan Pulau Pinang pilih jajaran LRT terbaik
Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Kementerian Pengangkutan dua minggu lalu untuk mengesahkan persetujuan terhadap jajaran yang dicadangkan.