KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini bahawa pergerakan beliau dipantau rapi bahkan hingga ke tandas pada hari 1MDB menandatangani projek usaha sama dengan PetroSaudi International Ltd (PSI).
Mohd Bakke, 68, berkata insiden itu berlaku di pejabat 1MDB pada 2009.
"Sebenarnya pada masa itu, saya tidak lagi berada dalam Lembaga Pengarah. Saya telah dijemput untuk menghadiri majlis itu pada November 2009 berkaitan Lembaga Pengarah dan pemegang saham 1MDB.
"Majlis itu, yang diketuai Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, turut dihadiri beberapa ahli pengurusan 1MDB serta Putera Turki (Abdullah Al Saud dari Arab Saudi) dan Datuk Seri Najib Tun Razak," kata saksi pendakwaan ke-15 itu ketika disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam perbicaraan bekas Perdana Menteri tersebut berhubung penyelewengan dana RM2.3 bilion 1MDB.
Ditanya sama ada beliau bertemu Najib pada majlis itu, Mohd Bakke berkata: "Tidak, pergerakan saya telah dipantau oleh seorang kakitangan 1MDB sejurus tiba di lokasi pejabat itu sehinggalah saya beredar meninggalkan majlis tersebut, malah ketika saya ke tandas."
"Selepas saya meletak jawatan, saya tidak mahu terlibat dengan 1MDB, ia adalah sesuatu yang ingin saya lupakan, apa sahaja yang berkaitan dengan 1MDB, saya tidak berminat untuk ambil tahu. Saya tidak cuba untuk berjumpa dengan Najib pada majlis itu," katanya.
Mahkamah turut diberitahu bahawa Mohd Bakke telah bertemu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, yang ditemani oleh bekas Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, buat pertama kali seawal 2007 di pejabat beliau di Felda Holdings.
"Mereka membentangkan satu cadangan berkaitan projek tenaga diperbaharui. Kami telah mengadakan dua atau tiga mesyuarat dengan mereka. Felda kemudian membuat keputusan untuk memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan mereka yang telah ditandatangani di hadapan Najib.
"Bagaimanapun, usaha sama itu tidak menjadi kenyataan kerana mereka tidak memenuhi syarat-syarat MoU itu," katanya sambil menambah bahawa ketika itu, beliau tidak mempunyai sebarang syak wasangka terhadap Jho Low atau Abu Zahar.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 18 2022
Datuk Seri Najib Razak (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, bagi sambungan perbicaraan berhubung kes 1MDB yang dihadapinya. - Gambar/ Bernama
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai Januari
Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Januari 2025.
Rusia pertimbang penerbangan terus ke Malaysia
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.